Siakap Keli
Kredit: Nuraffiqa Razak/facebook

Dipukul & Dilayan Seperti Binatang, Nusyuz Ke Kalau Isteri Lari Dari Rumah? Ini Penjelasan Peguam Ikut Undang-undang

Dipukul & Dilayan Seperti Binatang, Nusyuz Ke Kalau Isteri Lari Dari Rumah? Ini Penjelasan Peguam Ikut Undang-undang

Mendirikan rumah tangga adalah impian setiap orang. Apabila sudah berkahwin, mahligai yang dibina diharap berkekalan selamanya dan terisi dengan kebahagiaan setiap hari.

Namun begitu, adakalanya, dan sering kali melibatkan wanita yang bergelar isteri, tersalah memilih pasangan hidup dan terpaksa menahan derita dilayan tidak sepatutnya oleh suami sendiri selepas berkahwin.

Sebelum ini, kita juga banyak mendengar kisah-kisah keganasan rumah tangga melibatkan mangsa wanita. Mahu lari meninggalkan rumah, takut digelar nusyuz.

Namun dari sudut perundangan, jika dipukul dan dilayan seperti binatang, adakah isteri yang meninggalkan rumah boleh disabitkan dengan kesalahan nusuz?

Untuk menjawab persoalan tersebut, jom ikuti perkongsian yang dibuat oleh seorang Peguam Syarie, Nuraffiqa Razak di platform facebook dibawah.

Nusyuz Kah Isteri Kalau Lari Dari Rumah?

Ramai yang tidak tahu, bukan senang-senang sahaja isteri boleh disabitkan nusyuz dan tidak semestinya isteri yang lari dari rumah itu automatik jadi isteri yang nusyuz.

Untuk mensabitkan isteri itu nusyuz, suami perlulah memfailkan Tuntutan Kembali Taat di bawah Seksyen Seksyen 60 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 terlebih dahulu di Mahkamah Rendah Syariah dan kemudian melalui prosiding mahkamah. Hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh mensabitkan sama ada isteri itu nusyuz ataupun tidak.

Alasan Apa Yang Membolehkan Isteri Lari Dari Rumah?

Antara alasan yang membolehkan isteri lari dari rumah ialah atas sebab keselamatan. Contohnya suami mencederakan isteri, suami ugut untuk membunuh atau mencederakan isteri dan lain-lain. Alasan seperti ini membolehkan untuk isteri lari dari rumah kerana jika isteri tetap tinggal di rumah tersebut dibimbangi keselamatan dan nyawa isteri atau anak-anak tersebut terancam.

Apa Yang Isteri Perlu Buat Selepas Lari Rumah?

Selepas sahaja isteri lari rumah, perkara yang perlu isteri lakukan adalah terus pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis. Kemudian, isteri tersebut secepat mungkin perlu memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah.

Pada masa yang sama, isteri boleh mendapatkan Perintah Injunksi untuk menahan suami daripada kacau ganggu isteri dan tinggal berasingan dengan suami tersebut dengan memfailkan satu Permohonan Injunksi di Mahkamah Tinggi Syariah.

Kepada isteri-isteri atau wanita-wanita di luar sana, nampak tak betapa pentingnya untuk anda tahu hak anda sebagai wanita dan juga isteri. Supaya kita sebagai isteri tahu apa yang patut kita lakukan sekiranya berlaku apa-apa pada diri sendiri mahupun keluarga.

Jika anda sebagai isteri dipukul atau diperlakukan dengan tidak sepatutnya oleh suami, segeralah ambil tindakan. Tapi ingat, bukan semua benda boleh dijadikan alasan untuk isteri lari rumah sebab bila suami layan isteri baik tapi tiba-tiba isteri lari dari rumah tanpa alasan yang munasabah suami boleh memohon untuk Mahkamah Syariah mensabitkan isteri itu nusyuz melalui prosedur yang ditetapkan oleh Mahkamah Syariah.

Isteri yang bijak ialah isteri yang tahu apa yang dia berhak dapat dan pastikan dia dapat apa yang dia berhak dapat kerana senjata wanita terletak pada ILMU nya.

Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk anda semua.

BACA: Lelaki Ditahan Pukul, Ugut Bunuh Ibu

Sumber: Nuraffiqa Razak via Facebook

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.