Polis Indonesia telah menahan dua remaja kerana didakwa menculik, membunuh dan cubaan menjual organ milik seorang seorang kanak-kanak di pasaran dalam talian.
Ketua Polis Makassar, Budhi Haryanto berkata berkata, mayat mangsa yang berusia 10 tahun itu ditemui dibungkus dalam beg plastik di bawah sebuah jambatan di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan, pada Selasa lalu.
Tambahnya, siasatan dijalankan berikutan laporan orang hilang yang dibuat oleh ibu bapa mangsa.
Malah, kedua ibu bapa mangsa turut mendedahkan bahawa remaja yang masing-masing berusia 14 dan 17 tahun melakukan jenayah tersebut untuk bebas daripada masalah kewangan dan cepat kaya.
Difahamkan kedua-dua remaja itu terjebak dalam kegiatan jenayah oleh laman web asing yang menjanjikan sejumlah wang besar untuk penjaja yang menjual organ manusia.
“Suspek terpengaruh dengan pemerdagangan organ kerana mereka ingin menjadi kaya dan memiliki harta malah suspek juga telah merancang untuk menjual organ mangsa” kata Budhi.
Tambah beliau, siasatan awal mendapati bahawa tiada kumpulan penyeludupan organ terbabit dalam kes itu.
Justeru, suspek didakwa atas pembunuhan yang dirancang dan disiasat di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, satu per 10 daripada semua pemindahan organ global dilakukan dengan menggunakan organ yang diperoleh secara haram.
Malah, laporan daripada badan Global Financial Integrity yang berpangkalan di Washington berkata, pemerdagangan organ mampu menjana sekitar RM3.6 billion (AS$840 juta) hingga RM7.4 billion (AS$1.7 billion) setiap tahun.
Tahun lalu, polis Indonesia menghubungi rakan sejawat di Brazil selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah universiti dan menjumpai bungkusan yang mengandungi tangan manusia dan tiga plasenta yang dihantar ke Singapura.
Justeru, pihak Brazil berkata, pakej itu dituju khas kepada seorang pereka fesyen di Indonesia. Malah, pereka fesyen itu telah menghasilkan beg tangan yang diperbuat daripada tulang belakang manusia dan lidah buaya yang dikesan pada tahun 2020.
Bagaimanapun pereka fesyen terbabit seterusnya mendakwa bahwa tulang belakang itu diperoleh secara rasmi daripada perubatan dari Kanada secara bertulis.
Sumber: South China Morning Post