Siakap Keli
Kredit: thesukan.net

Kisah Ballon d’Or Ronaldo Dari Lima Kini Hanya Tinggal Empat, Mana Hilangnya Lagi Satu?

Ballon D’Or Cristiano Ronaldo Kumpul €600,000 Dalam Lelongan Amal Ke Orang Terkaya Israel

Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang pemain bola sepak terbilang yang pernah menerima anugerah Ballon d’Or selaku pemain terbaik Eropah dalam satu-satu musim kalendar bola sepak. Bukan sekali, bukan dua kali, Ronaldo pernah merangkul anugerah ini sebanyak lima kali.

Namun khabarnya, jumlah trofi emas Ballon d’Or yang dimilikinya kini hanyalah empat selepas beliau mengambil keputusan untuk menjual salah satu trofi tersebut pada 2017. Trofi yang dilepaskan Ronaldo adalah Ballon d’Or yang dimenanginya pada 2013.

Trofi berkenaan dilapor telah terjual pada harga €600,000 dalam satu acara lelongan yang mana hasil jualannya disalurkan kepada Yayasan Make-A-Wish, sebuah badan amal yang membantu kanak-kanak menghidapi penyakit serius.

Acara lelongan tersebut dilapor berlangsung di London dan jutawan Israel, Idan Ofer dipercayai pembida yang berjaya membawa pulang trofi berprestij itu. Idan juga dilihat sempat bergambar bersama Jorge Mendes, ejen Ronaldo dan juga trofi berkenaan ketika itu.

Ronaldo merupakan pemain bola sepak kedua terbanyak merangkul anugerah tersebut, hanya dibezakan dua gelaran berbanding seteru utamanya, Lionel Messi yang memiliki tujuh gelaran.

Kredit: MARCA.com

Untuk rekod, Ronaldo dengan kerja amal bukanlah perkara asing. Malah, legenda Real Madrid itu pernah melelong beberapa barangan peribadinya yang lain untuk tujuan amal sebelum ini.

Selain Ronaldo, seorang lagi legenda Real Madrid, Alfredo di Stefano juga pernah melelongkan Ballon d’Or yang dimilikinya pada 2021.

Ballon d’Or 1957 miliknya telah dijual pada harga £60,800, manakala Ballon d’Or keduanya pula dijual pada harga £54,400. Trofi Super Ballon d’Or, yang mana di Stefano satu-satunya pemenang setakat ini, juga berjaya dilelong pada harga £187,500 dalam acara lelongan yang sama.

Sumber: Sport Bible

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.