Siakap Keli
Kredit: AM730

Ahli Politik Hong Kong ‘Gambarkan’ Michelle Yeoh Sebagai Pelakon Warganegaranya

Susulan kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh meraih gelaran Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globe Award baru-baru ini, seorang ahli politik Hong Kong menggambarkan pelakon kelahiran Malaysia itu merupakan selebiriti warganegaranya.

Memetik Hong Kong Free Press, beliau menyebut perkara tersebut ketika menyampaikan ucapan tahniah kepada Yeoh yang memenangi anugerah berkenaan menerusi wataknya dalam filem aksi komedi, Everything Everywhere All at Once (2022).

Kevin Yeung yang juga merupakan Setiausaha Jabatan Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Taiwan menggambarkan Yeoh sebagai ‘pelakon Hong Kong’ dalam ucapan tersebut.

“Michelle Yeoh terlebih dahulu mencipta nama menerusi industri filem Hong Kong, kemudian berpindah ke pentas antarabangsa melalui kemahiran lakonan serta kerja kerasnya. Kami benar-benar berbangga dengan pencapaiannya dan semoga pelakon Hong Kong tersebut akan terus bersinar dalam industri filem global,” kata beliau dalam sebuah kenyataan.

Kenyataan tersebut telah mencetuskan perdebatan dan kritikan daripada pengguna media sosial sehingga ada yang bertanya kepada Kevin adakah Malaysia merupakan sebahagian daripada Hong Kong.

Selain itu, ada pengguna yang mempersoalkan sama ada mana-mana pelakon yang membintangi filem keluaran negara itu, secara automatik akan digelar sebagai pelakon Hong Kong.

Rakyat Malaysia juga turut tidak melepaskan peluang menyatakan pendapat masing-masing apabila membanjiri ruangan komen pada hantaran Facebook AM730, syarikat surat khabar China yang melaporkan kenyataan Kevin tersebut.

https://www.facebook.com/126994627339633/posts/pfbid0k4punKjU7ABaS4RaWdJHP1cCjwM6LFHdbMxC78W9Daa4fTZZRci8hpsQUCBGdrKBl/?mibextid=cr9u03

BACA: Pelakon Kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh Menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe

Sumber: Hong Kong Free Press & AM730

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.