Siakap Keli
Kredit: Xinhua

Saintis China Hasilkan Padi Hibrid ‘Gergasi’, Pokok Mampu Tumbuh Setinggi 2.2 Meter

‘Beras gergasi’ 2 Meter Siap Untuk Dituai Di China Tahun Ini

Pokok padi gergasi daripada variti hibrid yang dibangunkan saintis China dilapor sedia untuk dituai buat kali pertama tahun ini, lapor South China Morning Post.

Pengenalan variti berkenaan mencuri tumpuan sebelum ini apabila dilapor mampu tumbuh hingga ke ketinggian maksimum 2.2 meter, berbanding variati biasa yang mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter sahaja.

Selain itu, ia juga mempunyai tahap kerentanan yang lebih tinggi terhadap makhluk perosak, banjir dan juga garam.

Menurut Liu Licheng, Penolong Penyelidik di Institut Penyelidikan Beras wilayah Hunan, padi-padi variti berkenaan yang ditanam di wilayah tersebut kini sudahpun mencapai usia matang dan dijangka akan memberikan pulangan yang lumayan.

”Variti ini dihasilkan menggunakan bahan baharu daripada teknologi pembiakan aeroangkasa,” katanya.

Saintis menjangkakan beras-beras yang dihasilkan padi hibrid ini mempunyai saiz 50 peratus lebih besar daripada padi biasa.

Sumber: SCMP

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.