Siakap Keli
12 Jenis Warna Air Kencing
Kredit Hello Doktor

Warna “Pink” Pun Ada, Ketahui 12 Jenis Warna Air Kencing & Kaitan Dengan Kesihatan Anda

Warna “Pink” Pun Ada, Ketahui 12 Jenis Warna Air Kencing & Kaitan Dengan Kesihatan Anda

Pernah anda terfikir kenapa warna urin anda berwarna kuning? Apa penyebab ia boleh bertukar warna sedemikian?

Secara umumnya, semua manusia di dunia mengetahui warna urin yang selalu dilihat adalah warna kuning atau jernih. Namun, tahukah anda selain warna tersebut terdapat banyak lagi warna lain boleh terjadi kepada urin seseorang?

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Secara keseluruhan terdapat 12 warna berbeza yang boleh ditemui dalam urin seseorang. Warna urin ini juga selalunya berkaitan dengan keadaan kesihatan semasa seseorang itu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan maksud warna urin ini, ikuti perkongsian daripada Hello Doktor seperti berikut:

Kaitan warna air kencing & kesihatan

Kadangkala, kita semua mungkin tidak perasan akan variasi warna air kencing kerana kurang peduli mengenai kaitannya terhadap tahap kesihatan tubuh badan.

Pun begitu, anda perlu tahu bahawa ia sebenarnya dipengaruhi oleh makanan yang anda makan, minuman yang anda minum serta ubatan tertentu yang anda ambil.

Persoalannya, apakah warna urin yang dianggap normal dan tidak? Tenang, kami ada jawapannya!

Apa warna urin yang mungkin normal?

Ramai doktor telah mengklasifikasikan warna air kencing yang normal sebagai ‘urochrome’. Berikut merupakan variasi warna urin yang mungkin normal:

Kredit Hello Doktor

#1. Warna kuning jernih

Merupakan warna yang paling umum dan biasa ditemui, ia adalah petanda bahawa urin anda adalah normal dan mungkin tidak ada masalah berkaitan dengannya.

#2. Warna jerami pucat

Jika anda ada warna urin seperti ini, anda boleh dianggap bertuah kerana ia adalah warna yang paling sihat dan menandakan anda terhidrasi dengan sempurna.

Apa warna urin yang tidak normal?

Selain dua warna yang telah kami nyatakan di atas tadi, ada beberapa warna air kencing lain yang mungkin dikategorikan sebagai tidak normal termasuklah:

Warna urin tidak normal #1. Tidak berwarna

Air kencing yang langsung tidak berwarna mungkin menandakan bahawa tubuh badan anda mengalami terlebih hidrasi kerana minum terlalu banyak air.

Meskipun tidak begitu berbahaya seperti dehidrasi, ia akan membuat anda kerap kencing lantas membuang mineral penting seperti elektrolit dari tubuh badan.

#2. Warna kuning gelap

Sebenarnya, anda masih boleh anggap ia adalah normal kerana masih ada warna kuning namun ini merupakan petanda bahawa anda mungkin ada dehidrasi ringan.

#3. Warna madu ambar

Ia mungkin petanda anda ada dehidrasi. Jika anda ada air kencing berwarna seperti ini, disarankan agar anda minum lebih banyak air.

#4. Warna oren terang

Warna ini mungkin menandakan anda ada ambil makanan atau minuman dengan pewarna, lebihan vitamin B dari darah ataupun ada masalah berkaitan organ hati atau hempedu.

Warna urin tidak normal #5. Oren

Anda mungkin sedang mengambil ubatan tertentu seperti rifampin atau phenazopyridine dan ini adalah kesan sampingan biasa yang tidak perlu terlalu dibimbangkan.

#6. Warna oren gelap

Warna ini mungkin menandakan anda mengalami simptom penyakit jaundis, rhabdomyolysis atau sindrom Gilbert. Segera berjumpa doktor untuk nasihat, ubatan dan rawatan.

#7. Warna merah jambu

Menurut Pakar Nefrologi Dr Dena Rifkin, air kencing berwarna pink mungkin disebabkan oleh pengambilan ubi bit, beri biru atau pokok rhubard yang tidak berbahaya.

Namun, ia juga mungkin boleh jadi petanda masalah lebih besar sekiranya warna urin ini lebih cenderung ke merah. Sila teruskan membaca warna yang seterusnya.

Kredit Hello Doktor

Warna urin tidak normal #8. Merah

Warna merah seakan darah pada air kencing (hematuria) yang merupakan petanda mungkin ada jangkitan, batu karang atau tumor di dalam salur kencing.

Selain itu, ia juga boleh jadi disebabkan masalah prostat, keracunan merkuri atau gangguan jarang berlaku iaitu porphyrias. Jadi, jangan berlengah untuk berjumpa doktor.

#9. Warna putih susu

Seakan air mani, ia mungkin disebabkan oleh pengambilan mineral seperti kalsium, fosfat atau protein yang berlebihan atau petanda jangkitan salur kencing.

#10. Warna biru

Selain disebabkan oleh beberapa pewarna makanan atau ubatan tertentu, ia juga mungkin petanda gangguan metabolik sindrom blue diaper yang perlu rawatan lanjut.

#11. Warna hijau

Bagi sesetengah individu, makan sayur seperti asparagus mungkin adalah puncanya. Namun ia juga mungkin petanda ada jangkitan bakteria pada salur kencing anda.

Warna urin tidak normal #12. Hitam

Paling menakutkan, ada warna air kencing yang berwarna hitam akibat keracunan tembaga atau fenol serta kondisi melanoma. Segera berjumpa doktor untuk diagnosis.

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengenal pasti apa punca urin anda berubah warna lain daripada kebiasaannya. Jika anda mendapati terdapat perubahan kepada warna urin anda, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan mahupun khidmat nasihat.

Sumber: Hello Doktor

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.