Siakap Keli

“Kehilangan”: Sudah Tiba Masanya Kesedaran Kesihatan Mental Menerusi Muzik Diketengahkan

Putrajaya, 12 Januari 2023 – Jerry Zakaria atau nama sebenar Mohd Zamhari bin Zakaria hari ini, melancarkan single terbaharunya yang bertajuk “Kehilangan”. Lagu yang dicipta oleh kompeser ternama negara, Azlan Abu Hasan dan lirik ditulis oleh Ucu (Luncai Emas Sdn. Bhd.) menceritakan tentang keperitan seseorang yang menghidap penyakit mental yang dipendam sendiri. Lagu ini turut meluahkan perasaan seseorang yang menghidap penyakit mental dalam caranya tersendiri.

Jerry Zakaria merupakan salah seorang peserta Semi Finalis rancangan reality televisyen Suara Viral Musim Pertama yang diterbitkan pada Jun 2020 menerusi saluran Astro Prima. Beliau sebelum ini pernah mempunyai pelbagai lagu menerusi kumpulan duo “Arjuna” berkata dalam satu sidang media pelancaran lagunya disini “Ini merupakan titik tolak pertamanya dalam mengetengahkan bakatnya sebagai seorang penyanyi solo dalam industri muzik tanah air. 

“Ini merupakan single kedua saya selepas saya cuba menembusi industri hiburan tanah air buat pertama kali selepas lagu pertama yang pernah saya lancarkan dahulu iaitu “Jurang” ciptaan Komposer Omar K dan lirik gubahan Ikhwan Fatanna. Saya nekad untuk mencuba sesuatu yang baharu dan lebih mencabar dalam industry ini” ujarnya.

Jerry Zakaria turut mengakui lagu ini sangat menyentuh hatinya dan menjelaskan isi hatinya tentang apa yang dipendamnya. Beliau berkata “rata-rata rakyat Malaysia tidak mengambil serius akan kesedaran kesihatan mental yang berlegar dalam kalangan masyarakat, justeru, lagu ini diharap dapat membuka mata rakyat Malaysia, akan pentingnya kesihatan mental.” 

Penyanyi yang berasal dari Terengganu ini turut mengakui bahawa mempunyai masalah Anxiety yang agak teruk bahkan secara jujurnya, beliau turut telah mengakui beliau telah melepasi fasa perubatan dan kini boleh berdiri dengan lebih berani untuk berhadapan masyarakat yang skeptikal akan penyakit ini. 

“Saya memang dah lama mahu melancarkan lagu yang menyampaikan mesej sebegini. Jadi, saya percaya, lagu ini boleh mengetengahkan nama saya sebagai penyanyi dalam industry hiburan tanah air dan mampu mengangkat seni ini kerpersada antarabangsa. Saya harap ia akan diterima ramai dan menjadi sebuah lagu yang akan didengari ketika mana pendengar mungkin memerlukan sebuah lagu untuk melepaskan emosi mereka dan menangis. Selepas mendengar lagu ini, kita semua akan merasa lebih baik dan lega saja. Itulah yang saya harapkan daripada lagu ini,” mengakhiri kata.

Didalam Majlis Pelancaran dan Sesi Sidang Media ini juga beliau telah mendedangkan lagu baharu beliau secara “Live Acoustic” yang turut dibantu oleh Aantu Band yang merupakan Juara Suara Viral Musim Ke-2. 

Pelancaran dan Sidang Media Single “Kehilangan” oleh penyanyi Jerry Zakaria ini diuruskan oleh Universal Music Malaysia bersama Puan Aina Itam dari Clever Brain Solutions dan ditaja bersama We1 Beverage, Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn Bhd, Real Raudha, serta FD Beauty & Health Sdn. Bhd. Pelancaran single ini telah diadakan di Indus Café, Putrajaya. 

Single “Kehilangan” terbitan ‘Universal Music Malaysia’ kini boleh distrim di semua pelantar muzik digital ‘Universal Music Malaysia’. Video music rasmi “Kehilangan” juga boleh mula ditonton di saluran YouTube ‘Universal Music Malaysia’ pada 13hb Januari 2023 jam 6.30 petang. 

Untuk lebih mengenali penyanyi baharu ini, anda boleh mengikuti media sosialnya menerusi akaun:

Facebook: Jerry Adi

Instagram: jayrie.zakaria_official

Tiktok: jayrie.zakaria_official

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa