Siakap Keli
kereta hampir menimpa wanita dan bayi
Kredit: Metro UK

Pemandu Mabuk, Kereta Dipandu Hampir Timpa Wanita & Bayi

Seorang wanita dan bayi dilapor masih bernyawa apabila sebuah kereta pacuan empat roda jatuh dari tempat parkir dan hampir menimpa mereka dalam kejadian yang berlaku di Balneario Camboriu, Brazil, lapor Metro UK.

Difahamkan, wanita yang berusia 23 tahun itu berada di bawah (tempat kejadian) bersama bayi dan dua orang lagi wanita lain sebelum kejadian berlaku.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dapat dilihat kereta suspek secara tiba-tiba mendarat tepat di belakang kumpulan wanita tersebut.

Hal tersebut menyebabkan serpihan dinding yang dilanggar turut jatuh dan mengenai  salah seorang wanita yang sedang berdiri tidak jauh dari lokasi kejadian.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian, bergerak pantas bagi membantu mengeluarkan mangsa yang terlibat. Lebih menyedihkan, wanita itu mengalami trauma kepala dan patah tulang pada pelvis dan dadanya.

Sementara, menurut Jabatan Bomba tempatan, dua wanita dan bayi yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Malah, bukan hanya itu, kelihatan juga suspek tersebut keluar darip kereta dalam keadaan yang terhuyung-hayang yang disyaki mabuk.

 kereta hampir menimpa wanita dan bayi
Kredit: Metro UK

Pada mulanya, jurucakap Polis Tentera, Denicio Francisco Rosa mendakwa suspek (pemandu) tersebut akan ditahan kerana meninggalkan tempat kejadian tanpa membantu mangsa.

Tetapi lelaki itu tetap mempertahankan dirinya dengan memberitahu bahawa keretanya mengalami kerosakan mekanikal.

“Dia mendakwa kereta itu mengalami kerosakan mekanikal. Akibatnya, dia hilang kawalan dan melanggar dinding,” kata Denicio.

Namun, selepas pemeriksaan dilakukan lelaki tersebut disahkan berada di bawah pengaruh minuman keras oleh pihak hospital.

 

Sumber: Metro UK

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.