Mesti pelik bukan, macam mana orang lain berbelanja setiap hari, namun masih mampu membuat simpanan dalam jumlah yang banyak setiap bulan?
Bagaimana mereka boleh mengawal perbelanjaan sedangkan gaji yang diterima, perbelanjaan harian atau lain-lain kehendak lebih kurang sama dilakukan. Tidakkah anda terfikir akan perkara itu?
Memang setiap orang komitmennya berbeza, ada orang, mungkin dia merupakan tulang belakang keluarga, ada pula yang bekerja untuk keperluan sendiri atau sebagainya.
Namun, tidak salah untuk membuat simpanan walaupun dalam jumlah yang kecil, bak kata pepatah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Justeru, anda perlu didedahkan dengan lebih awal mengenai formula penyimpanan duit supaya anda mempunyai simpanan yang kekal untuk kegunaan ketika kecemasan atau lain-lain keperluan penting.
Umum ketahui, bahawa berbelanja mengikut kemampuan adalah yang terbaik, namun ada sahaja golongan yang tiba sahaja tengah bulan, duit belanja sudah tiada.
Hal ini kerana kita perlu membeli sesuatu barang atau membuat pinjaman sesuai dengan gaji atau pendapatan bulanan kita, bak kata orang ukur baju di badan sendiri.

Jadi, perkongsian @network_local di laman Twitter menunjukkan satu formula yang disyorkan untuk membahagikan gaji bulanan anda supaya perbelanjaan dapat dikawal dengan baik.
Terdapat juga contoh yang disertakan dalam laman tersebut. Misalnya, gaji bersih setiap bulan berjumlah RM2,000. Jadi, anda perlu bahagikan mengikut formula, 50 (keperluan) : 30 (kehendak) : 20 (tabung simpanan).
Untuk keperluan (50%) bersamaan RM1,000. Dalam jumlah ini anda perlu selesaikan perbelanjaan tetap termasuklah rumah, bayaran kereta, bekalan makanan dan segala komitmen bil bulanan.
Seterusnya, bagi kehendak yang mewakili 30% iaitu bersamaan dengan RM600. Dalam skop ini, anda boleh membelanjakannya untuk perbelanjaan yang berubah-ubah misalnya beli pakaian, hiburan, pelancongan atau sebagainya sebagai “reward” kepada diri sendiri.
Selain itu, dalam 20% atau RM400 pula sebagai tabung simpanan yang mewakili tabungan, insuran atau takaful perlindungan diri.
Jadi, dengan pendekatan ini perbelanjaan anda mungkin dapat dikawal, seterusnya menjamin wang simpanan yang anda tahu ia pasti akan berguna suatu hari nanti.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat!
Cara bahagikan formula duit gaji bulanan 50/30/20
contoh
bersih 20001000 50% – Keperluan = rumah , kereta/motor , utility , makan , brg rumah , anak
600 30 % – Kehendak = Guna ni untuk reward dan enjoy korang beli apa kemahuan (Baki 👉https://t.co/oZqJhtznx4) pic.twitter.com/0o2t3lqlle
— 𝕃𝐨𝐜𝐚𝐥🇲🇾ℕ𝐞𝐭𝐰𝐨𝐫𝐤𝐬 (@networks_local) January 15, 2023
Sumber: @netwotk_local | Twitter