Selalu Dengar Halau Tikus Guna Kucing, Jangan Tak Tahu Ular Pun Boleh Digunakan, Ini Caranya
Tiada siapa mahu tinggal sebumbung dengan tikus atau lebih dikenali sebagai ‘Cik Ti’. Malah, tidak disangkal lagi haiwan perosak membawa banyak penyakit berbahaya yang mampu memudaratkan kesihatan dan keselamatan penghuni rumah.
Jadi dalam sesebuah rumah, anda perlukan haiwan lain yang sesuai dijadikan pemangsa untuk mengurangkan bilangan tikus di rumah anda. Biasa kita dengar orang pelihara kucing untuk memburu dan menghalau tikus.
Tetapi tahukah anda, ada lagi binatang pemangsa yang lain yang boleh dipertimbangkan sekiranya anda pencinta haiwan eksotik atau yang alergi kepada haiwan berbulu.
Tidak dinafikan, ada sesetengah orang memelihara ular tapi anda perlu tahu kegunaan ular selain dijadikan binatang pelindung atau hiasan di rumah.

Ia dilihat seperti ‘setimpal’ dengan apa yang anda lakukan untuknya (ular), perlu ada ‘beri dan terima’, anda sediakan makanan, tempat tingal atau jaga kebajikannya jadi, ia perlu menghalau tikus untuk anda.
Jadi, dalam perkongsian kali ini, anda akan didedahkan dengan bagaimana penggunaan ular boleh membantu menghalau tikus di rumah.
Video yang dikongsikan oleh @weirdterrifying berdurasi 2 minit 20 saat itu telah mendapat 58,00,000 tontonan, 120,500 tanda suka dan 178,000 perkongsian di laman Twitter.
Dalam video tersebut dipaparkan satu lubang dinding yang ditebuk dan pemangsa akan dimasukkan melalui lubang sebesar saiz badannya itu.
Tidak lama selepas pemangsa dilepaskan di dalam lubang tersebut, terdapat banyak ‘Cik Ti’ yang keluar melalui lubang itu, namun anda perlu sediakan bekas seperti di dalam video bagi mengelakkan tikus tersebut lari.
Malah, penggunaan bahan juga adalah daripada bahan terpakai yang selalu anda jumpa di rumah, misalnya seperti bekas, penyapu untuk menahan tikus dan kotak sebagai penutup bekas tersebut bagi mengelakkan tikus lari.
Perkongsian yang mudah, jika anda seorang pencinta haiwan seperti ular anda digalakkan menggunakan teknik ini sekiranya rumah anda turut didiami oleh haiwan perosak.
Malah ada juga yang memuji idea bernas yang dikemukakan di laman media sosial tersebut. Menurut mereka (orang yang meninggalkan komen) idea tersebut dikatakan berguna sekiranya ular dilatih daripada kecil untuk memburu haiwan perosak itu.


Turut disertakan juga video untuk supaya perkongsian dapat disampaikan dengan lebih jelas:
Smart idea pic.twitter.com/CvvXbYUp9i
— Weird and Terrifying (@weirdterrifying) January 14, 2023
Sumber: Weird and Terifying