Siakap Keli

Kes Pelajar UPM Dilapor Hilang, Polis Kesan Berada Di Johor

Kes Pelajar UPM Hilang, Polis Kesan Berada Di Johor

Mohd Irfan Hakimi, pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu selepas menunaikan solat Jumaat, kali terakhir dikesan berada di sekitar Tampoi, Johor pada Khamis, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan, keberadaan pelajar tersebut di negeri Johor berjaya dikesan menerusi rekod transaksi kad debit miliknya.

Katanya lagi, hasil semakan ke atas CCTV yang dipasang di premis berhampiran, polis mendapati pelajar berkenaan dilihat bersama seorang individu lain, dipercayai rakanya.

“Polis juga berjaya menemui motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaikinya telah ditinggalkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan.

“Jadi kita percaya pelajar berkenaan pergi menaiki bas menuju ke Johor,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ibubapa Mohd Irfan bertolak ke Johor

Semalam, Bernama melaporkan seorang pelajar universiti dilaporkan hilang selepas pergi solat Jumaat dengan menunggang motosikal.

Bapa kepada pelajar berkenaan dilaporkan telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar, Sabak Bernam pada 4.00 petang, Isnin lalu.

Anbalagan menambah, ibu bapa pelajar berkenaan telah dimaklumkan berkenaan hasil penemuan tersebut. Pihaknya turut dimaklumkan, ibubapa kepada Mohd Irfan Hakimi telah bertolak ke Johor untuk menjejakinya.

Difahamkan, hasil siasatan awal mendapati bahawa pelajar UPM tersebut tidak mengalami sebarang masalah peribadi ataupun berada dalam kemurungan.

“Kita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-6177188 bagi membantu siasatan,” jelas beliau di hadapan media.

BACA: Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Pelajar UPM Hilang

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.