Pening Melayan Kerenah Anak, Jom Ikuti 6 Tips Kawal Anak Kecil Ketika Perjalanan Jauh
Dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, sudah pasti ramai ibu bapa merancang untuk membawa anak-anak pulang ke kampung atau bercuti bersama-sama.
Namun begitu, bagi mereka yang mempunyai anak kecil, banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum memulakan perjalanan jarah jauh. Salah satunya, kesukaran untuk mengawal tingkah laku anak-anak di dalam kereta yang bakal memeningkan kepada nanti.
Memang sudah diketahui pun, kanak-kanak cepat merasa bosan jika perlu duduk di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama dan pada masa yang sama, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Jadi, peluang untuk mereka meragam dan melakukan sesuatu perkara yang boleh memberi tekanan kepada si ibu dan ayah adalah tinggi.
Usah risau, Farmacora melalui laman Twitternya baru-baru ini berkongsi tips bagaimana mahu mengawal tingkah laku anak-anak di dalam kereta ketika perjalanan jauh. Untuk tips berkenaan, jom baca perkongsian tersebut dibawah. Semoga bermanfaat.
6 Tip mengawal anak ketika perjalanan jauh menaiki kereta
Merancang perjalanan
Rancang tempoh perjalanan dan juga tempat untuk berehat seketika. Kalau boleh rancang tempoh perjalanan yang sesuai dengan seisi keluarga. Bagaimanapun, ia bergantung kepada situasi yang dihadapi oleh keluarga masing-masing.
Pastikan kereta dalam keadaan yang baik

Ibubapa juga perlu memastikan kereta berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Bahagian dalaman enjin, tekanan angin tayar dan beg udara perlu diperiksa. Jika perlu, ibu bapa juga boleh memasang kerusi kanak-kanak dalam kenderaan.
Sediakan makanan yang cukup
Seterusnya, bila berada dalam perjalanan jauh, anak-anak biasanya mudah berasa lapar. Jadi, ibu bapa boleh sediakan makanan dan snek kegemaran anak-anak yang mencukupi. Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka merengek kelaparan sepanjang perjalanan.
Sediakan pakaian
Selain makanan, pakaian juga penting. Ibu bapa perlu menyediakan pakaian yang secukupnya serta kain atau tisu. Ia boleh digunakan untuk mengelap muntah anak-anak atau membersihkan kawasan yang ditumpahi makanan.
Sediakan hiburan yang cukup

Ini adalah penting bagi memastikan anak anda kekal ceria dan bersemangat sepanjang perjalanan. Antara hiburan yang boleh disediakan adalan permainan yang selamat untuk dimainkan dalam kenderaan atau memasang kartun kegemaran pada skrin dashboard.
Selain itu, boleh juga membawa patung atau mainan kegemaran anak-anak. Bantal busuk juga jangan lupa.
Tetapkan peraturan
Sebelum bertolak, ibubapa boleh menetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang perjalanan. Ini untuk memberikan anak gambaran tentang perjalanan yang perlu ditempuhi dan mereka boleh memberikan kerjasama yang baik.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.
BACA: Ibarat Dalam Filem, Mangsa Bot Terkandas Dedah Pahit Getir Berenang Dua Hari Balik Ke Pantai
Sumber: @Farmacora via Twitter