Tiada Rumah, Pusat Zakat Temui Wanita Terpaksa Menumpang Di Surau Bersama Dua Anaknya
Seorang wanita bersama dua orang anaknya ditemui terpaksa menumpang bertebuh di sebuah surau kerana tidak memiliki tempat kediaman.
Perkara berkenaan oleh Lembaga Zakat Selangor menerus satu hantara Facebook selepas pihaknya menyantuni wanita berkenaan baru-baru ini.
Wanita itu bersama dua orang anaknya dilapor telah dihalau daripada rumah sewa selepas tidak mampu membayar sewa dan memilih untuk berteduh di surau berkenaan kerana tidak tahu mana yang hendak dituju.
Menurut hantaran Facebook itu lagi, wanita berkenaan kehilangan sumber pendapatan ketika berdepan dengan masalah peribadi serta pernah menjadi mangsa penipuan.
Dengan tindakan pantas dari pihak Zakat Selangor, pihaknya berjaya mendapatkan rumah sewa bagi wanita ini dan anak-anaknya untuk berteduh.
Bukan itu sahaja, bantuan sewa rumah turut diuruskan oleh pihak Zakat Selangor dan bantuan kewangan turut dihulurkan bagi menampung keperluan asas kehidupan mereka bertiga.
Pihak Lembaga Zakat Selangor berharap agar bantuan zakat yang diberikan dapat memberikan manfaat secara menyeluruh dan memberi sinar baharu buat wanita ini bersama dua anaknya.
Orang ramai turut diseru untuk terus menyokong Pusat Zakat Selangor dan wang zakat yang diberi akan disalurkan kepada golongan yang layak menerimanya (mustahiq).
“Teruskan berzakat di Lembaga Zakat Selangor. Kami sampaikan keperluan mustahiq sebaiknya. Sedikit bagi anda, besar manfaat buat mereka.”
BACA: Menderita Jantung Berlubang, Adik Faiq Perlu Sumbangan RM100k Untuk Pembedahan Segera
Sumber: Lembaga Zakat Selangor via Facebook