Siakap Keli
Kredit Metro UK, BERNAMA

Presiden Ukraine Dakwa Putin Dah Meninggal Dunia

Presiden Ukraine Dakwa Putin Dah Meninggal Dunia

Presiden Ukraine, Volodymir Zelensky mendakwa bahawa Vladimir Putin mungkin sudah meninggal dunia, lapor The Sun.

Ucapan itu dibuat oleh Zelensky sewaktu menghadiri Forum Ekonomi Dunia secara maya di Davos, Switzerland.

Menurut Zelensky, dia tidak pasti siapa yang membuat keputusan di Kremlin berikutan dakwaannya berkenaan penampilan Putin baru-baru ini telah dipalsukan menggunakan kesan khas televisyen.

Khabar angin bertiup kencang selama berbulan-bulan mengenai tahap kesihatan Presiden Rusia berusia 70 tahun itu yang kini semakin merosot ekoran mukanya juga didakwa seperti kelihatan aneh dan kakinya juga menggeletar.

Dokumen perisik yang dibocorkan kepada The Sun seolah-olah mengesahkan dakwaan Putin menghidap kanser pankreas dan penyakit Parkinson peringkat awal.

Ukraine sebelum ini mendakwa Rusia telah menggunakan orang lain untuk menggantikan Putin. Pada awal bulan ini, ketua perisik negara itu mendakwa dia akan “mati tidak lama lagi akibat kanser”.

Terbaru, Zelensky sekali lagi mengulangi dakwaannya sebelum ini bahawa Putin telah menggunakan skrin hijau untuk mengadakan mesyuarat palsu yang tidak dihadirinya.

Dakwaan yang dibuat Zelensky di Forum Ekonomi Dunia Davos, Switzerland mungkin bertujuan sebagai kekecewaannya terhadap rundingan damai yang gagal dengan Rusia.

Beliau berkata melalui panggilan video: “Saya tidak begitu faham dengan siapa hendak bercakap dan tentang apa.

“Saya tidak pasti bahawa Presiden Rusia yang muncul itu adalah benar-benar dia. Saya tidak begitu faham sama ada dia masih hidup atau masih membuat keputusan atau siapa yang membuat keputusan di negara itu,” kata Zelensky di forum berkenaan.

Zelensky juga turut memberi tekanan kepada sekutu Baratnya untuk memberikan Kyiv lebih banyak senjata berat bagi melawan tentera Putin.

Kremlin membalas kenyataan Zelenksy tentang keadaan Putin dan mengatakan bahawa “dia ada dan sentiasa ada”

“Jelas bahawa kedua-dua Rusia dan Putin adalah masalah besar bagi Ukraine dan Zelensky.

“Adalah jelas bahawa secara psikologi, Zelensky lebih suka jika Rusia mahupun Putin tidak wujud,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.

Sumber: The Sun

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka