Siakap Keli
Korea Utara Perintah Berkurung Lima Hari
Gambar: AFP/Greg Baker

Korea Utara Dilapor Kuat Kuasa Perintah Berkurung Selama Lima Hari

Korea Utara Dilapor Kuat Kuasa Perintah Berkurung Selama Lima Hari

PYONGYANG — Korea Utara dilaporkan telah menguatkuasakan perintah berkurung (lockdown)  selama lima hari terhadap penduduk Pyongyang mulai hari ini susulan peningkatan penyakit pernafasan.

Memetik laporan NK News, perkara itu dilaporkan menerusi satu notis yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Dalam kenyataan tersebut, pihak berkuasa memaklumkan berlaku penyebaran penyakit termasuk di ibu negara itu namun tidak menjelaskannya secara terperinci dan tidak menyebut mengenai COVID-19.

Susulan itu, penduduk diarahkan untuk tinggal di rumah sehingga sekatan pergerakan berakhir pada Ahad ini.  Tambahan lagi, mereka perlu menghantar keputusan pemeriksaan suhu beberapa kali sehari, maklum kenyataan itu.

Pihak berkuasa juga bertegas akan menjatuhi hukuman mati dan notis keluar bandar bagi mana-mana ahli keluarga yang ditangkap menyebarkan berita tentang wabak itu dan cuba menjual ubat yang terhad di pasaran gelap.

BACA JUGA: COVID-19: China “Lockdown” Wuhan Semula, Lebih 800,000 Penduduk Di Arah Berkurung

Sementara itu, bandar-bandar lain masih belum menerima sebarang keputusan lanjut sama ada turut terlibat dalam sekatan pergerakan tersebut susulan kerajaan masih belum mengumumkan langkah baharu.

Sementara itu, Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un turut menggarahkan ribuan orang awam dan tentera untuk membentuk propaganda selama beberapa minggu sewaktu perarakan tentera yang dijadualkan berlangsung pada 8 Ferbuari nanti walaupun negara itu masih dilanda suhu yang sejuk.

Terdahulu, Korea Utara telah mengisytiharkan bahawa telah berjaya memerangi wabak COVID-19  pada Ogos lalu.

Notis yang sama turut dikeluarkan pada awal Mei 2022 apabila kes pandemik COVID-19 mula melonjak di seluruh negara berkenaan.

Sumber: NK News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?