Siakap Keli
Apa Beza Espresso & Americano?
Gambar: Pixabay

Apa Beza Espresso & Americano? Ini Fakta Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Apa Beza Espresso & Americano? Ini Fakta Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Kopi merupakan salah satu minuman yang sangat digemari oleh orang ramai. Dengan aromanya yang sedap, tidak hairan sekiranya penggemar kopi bagaikan tidak boleh berenggang darinya.

Minuman kopi ini terkenal dalam pelbagai gaya hidangan yang disajikan seperti Latte, Machiato, Cappucino, Mocha dan termasuk juga Espresso serta Americano. Bagaimanapun, mungkin masih ramai yang tidak mengetahui perbezaan setiap kopi dan bagaimana ia disajikan.

Umumnya, cawan kopi dan gelas terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza dari segi ergonomik, gelas, piring, dan estatik yang digunakan dalam sesebuah kedai.

Lebih-lebih lagi ia dihidangkan dalam kuantiti yang jauh lebih kecil berbanding jenis kopi lain khususnya espresso. Oleh itu, pernahkah anda terfikir mengapa ia disajikan dalam kuantiti yang lebih kecil?

Untuk mengetahuinya, mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

Apa tu Espresso?

Gambar: Pixabay

Espresso merupakan sejenis kopi asli yang dihidangkan dalam bentuk lebih pekat. Ia juga adalah asas kepada pelbagai pembuatan minuman kopi lain misalnya cappuccino dan Americano.

Espresso dibancuh bersama dengan campuran air panas pada suhu yang tinggi, Untuk membuat espresso yang terbaik, biji kopi hendaklah dikisar menjadi serbuk yang sangat halus menggunakan mesin espresso.

Kopi espresso juga mempunyai pelbagai perisa seperti campuran pahit dan sedikit manis. Identitinya juga adalah berbeza-beza mengikut cara penyediaan kopi.

Gambar: Pixabay

Oleh itu, espresso menghasilkan kopi yang lebih pekat dengan buih (crema) yang menjadikan ia lebih menarik berbanding kopi lain.

Walau bagaimanapun, ia hanya disajikan dalam jumlah atau kuantiti yang kecil.

Kuantiti Espresso

Gambar: Pixabay

Disebabkan espresso mengandungi kafein yang tinggi, kebiasaannya minuman ini akan dihidangkan dalam kuantiti yang lebih kecil. Bagaimanapun, ia bergantung kepada tahap pengambilan seseorang itu.

Hal ini kerana kafein dapat bertindak meningkatkan metabolisme dan memberi tenaga kepada badan anda untuk lebih fokus sepanjang masa.

Selain itu, espresso mempunyai satu shot (pukulan) dan dua shot (pukulan) atau dalam erti kata lain dikisar.

Biasanya, sebanyak 29 hingga 100 miligram kafein (sekitar 75 miligram) yang terdapat dalam satu kali shot manakala untuk dua shot pula mempunyai 58 hingga 185 miligram.

Namun, air kopi juga boleh mengandungi 80 hingga 200 miligram kafein bergantung kepada variasi minuman.

Mengapa Cawan Yang Dihidangkan Lebih Kecil

Gambar: Pixabay

Jika dihidangkan dalam bekas yang besar buih (crema) akan menjadi nipis dan hilang dengan cepat.  Tambahan lagi, cawan yang besar juga mempengaruhi suhu espresso kerana menjadi lebih sejuk dengan cepat.

Cawan espresso juga disebut sebagai Demitasse Cup dalam bahasa Perancis. Espresso dihidangkan dalam cawan mempunyai 59 mililiter bersamaan separuh daripada cawan kopi biasa.

Bagi dua cawan espresso mempunyai sekitar 118 mililiter dan tiga cawan ialah 177 mililiter. Ia dibancuh dalam kuantiti tersebut kerana bertindak untuk melindungi lapisan crema di atas dan ‘mengunci’ aromanya.

Oleh itu, saiz bekas atau cawan yang lebih kecil sangat penting dalam menghasilkan espresso yang sempurna dari segi aroma, suhu dan juga rasa.

Mengapa Espresso Lebih Kuat?

Gambar: Pixabay

Espresso menpunyai kepekatan yang jauh lebih tinggi daripada kopi biasa, Ia juga cenderung lebih pahit daripada kopi biasa. Namun apa yang membezakan ia daripada kopi lain adalah kaedah dan tahap biji kopi itu dipanaskan (bakar).

Umumnya, terdapat tiga tahap biji kopi dibakar seperti tahap biasa, sederhana dan kuat. Bagi tahap pertama biasanya menggunakan suhu antara 196 darjah Celsius hingga 205 darjah Celsius.

Manakala tahap sederhana pula dibakar pada suhu 210 darjah Celsius hingga 219 darjah Celsius dan tahap terakhir ialah pada suhu 225 darjah Celsius hingga 230 darjah Celsius.

Semakin banyak biji kopi dibakar, semakin naik aroma rasanya dan berkurang asid. Oleh itu, warna kopi yang telah dibakar menjadi lebih gelap menunjukkan semakin kuat aroma biji kopi itu dari semua jenis kopi lain.

Sehubungan itu, espresso diperbuat daripada kopi yang dibakar kuat lebih daripada kopi biasa.

Kenapa Saiz Penting

Saiz cawan atau bekas memainkan peranan penting kerana jenis kopi yang  anda suka atau pilih mempengaruhi saiz cawan yang bakal diterima. Ia berhubungkait dengan jumlah kuantiti minuman tersebut terutamanya minuman seperti berespresso di mana nisbah kopi kepada susu serta jenis susu juga beleh menentukan cawan yang hendak digunakan.

Kebanyakan kedai kopi yang menyajikan espresso dalam cawan atau bekas yang kecil. Ia kebiasaannya datang dengan format (prosedur) satu pukulan atau dua pukulan.

Oleh itu, terdapat berapa kekeliruan terhadap pembeli dari segi saiz dan jenis kopi. Kebiasaannya, bagi saiz cawan atau bekas yang lebih kecil lebih terarah kepada kopi jenis espresso dan Machiato dengan kuantiti 114 mililiter.

Manakala bagi bekas sederhana pula ialah Cappucino dan Flat White dengan 140 mililiter.  Bagi bekas yang besar kebiasaannya digunakan untuk kopi jenis Americano, Latte, Mocha dan Filter (penapis) dengan jumlah 227 mililiter.

Americano 

Gambar: Pixabay

Umumnya, Americano merupakan sejenis kopi yang popular namun kebanyakannya tidak mengetahui latar belakangnya. Americano sebenarnya terhasil daripada espresso namun rasanya lebih lembut berbanding kopi espresso. Ia semakin menjadi popular sejak tahun 1970.

Jika espresso mengekal gaya tersendiri dengan crema (buih) di atas kopi, Americano juga mempunyai crema. Hal ini kerana kopi Americano hanyalah espresso yang telah diletakkan di dalam cawan bersama air panas sama seperti espresso.

Ia hanya dibezakan dari segi kuantiti air.

Tambahan lagi, perbandingan antara kedua-dua kopi ini juga tidak jauh beza kerana espresso merupakan asas kepada pembuatan jenis-jenis kopi lain.

Gambar: Pixabay

Ciri-Ciri Americano

Kopi Americano mempunyai rasa yang pekat dan notes yang dalam namun ia semakin menghilang setelah bercampur dengan suhu tinggi.

Americano juga mempunyai 40 miiligram kafein (setiap purata espresso). Biasanya ia menggunakan dua shot dalam setiap hidangan menjadikan jumlah kafien adalah 80 miligram setiap cawan.

Selain itu, ia juga masih mengekalkan ciri yang terdapat pada kopi espresso iaitu crema. Oleh itu, kopi Americano dikisar secara halus sama seperti asasnya.

Cara Penyediaan Americano

Gambar: Pixabay

Bagi penggemar yang tidak menyukai espresso yang terlalu pekat dan kuat. Americano adalah pilihan yang tepat. Hal ini kerana ia masih menggunakan cara yang sama dengan espresso dengan rasa yang lebih lembut.

Untuk membuat Americano, espresso dibuat dan dituangkan ke dalam cawan kopi sebelum dimasukkan air panas (90 darjah Celsius hingga 94 darjah Celsius) mengikut kesesuaian suhu kopi.

Americano dihidangkan dalam cawan yang perlu dipanaskan terlebih dahulu agar kopi tidak terlalu sejuk.

Bagaimanapun terdapat juga cara penyediaan seperti mengisi air dahulu ke dalam cawan sebelum sebelum menuangkan espresso. Namun kedua-dua versi ini  berakhir dengan cara yang sama iaitu kopi dicampur dengan air panas.

Nisbah klasik untuk secawan Americano adalah 1:1.

Kesimpulannya, Americano berasal daripada kopi espresso namun dalam kuantiti yang lebih banyak dan tidak terlalu pekat.

Sumber: Caffeinated Face, The Spruce Eats, Long&Short, HomeGrounds, Villeroy & Bush

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?