Siakap Keli
Gambar: Thaiger

“Oyen” Miliki Mata Seperti Berlian Raih Perhatian Ramai

“Oyen” Miliki Mata Seperti Berlian Raih Perhatian Ramai

Seekor kucing berwarna oren yang dikatakan mempunyai mata seperti berlian pada mata kiri menjadi tular di media sosial Thailand baru-baru ini, lapor Thaiger.

Beberapa rakaman video kucing tersebut telah dimuat naik menerusi laman TikTok oleh pengguna akaun @user3026088746242 menunjukkan seekor kucing yang mempunyai mata berwarna berlian dirakamkan dalam pelbagai aksi.

Menurut Thaiger, beberapa netizen di Thailand mendakwa bahawa haiwan tersebut boleh meramal nombor loteri yang boleh membawa tuah.

Malah, ada juga yang mengambil kesempatan untuk meramalkan nombor bertuah untuk loteri 1 Februari ini berdasarkan nama akaun pengguna dan haiwan berkenaan.

Selain itu, terdapat ramai netizen yang membanjiri komen di video tersebut dan mendakwa bahawa kucing dengan mata berlian itu akan memberikan tuah kepada pemiliknya.

Bagaimanapun, mata kucing itu sebenarnya mempunyai katarak dan bukannya membawa tuah, lapor Thaiger.

Seorang pensyarah di Jabatan Biologi Universiti Chulalongkorn, Dr Jessada Denduangboribhand, menggesa pemilik haiwan peliharaan itu untuk membawanya berjumpa doktor haiwan sebelum ia menjadi buta.

Dr Jessada menyatakan bahawa kebutaan boleh menyebabkan kucing itu cedera dalam kemalangan atau menyukarkan ia untuk makan, lapor Sanook.

Memetik Thaiger, ramai masyarakat Thailand percaya dengan perkara karut dan selalu memilih nombor loteri mereka berdasarkan faktor yang mungkin dianggap luar biasa oleh individu di negara lain.

Pada Mei tahun lalu, seorang lelaki dari wilayah Ang Thong di tengah Thailand percaya bahawa tarantula di dalam hutan boleh meramal masa depan. Setakat ini, tarantula tersebut telah membuat dua ramalan.

Ketika lelaki berkenaan mahu tarantula yang digelar sebagai “Phaya Bung” atau “Tuan Tarantula” membuat ramalan loteri, dia mengadakan upacara untuknya di luar habitatnya dan menyalakan lilin serta kemenyan untuk berdoa kepada haiwan itu.

@user3026088746242

♬ ชอบเธออะ (ท่อนละลาย) – Ptrp Studio

Sumber: Thaiger

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.