Siakap Keli
Lelaki Maut Dihempap Tandas Hidraulik
Kredit: The Mirror | BBC

Lelaki Maut Dihempap Tandas Hidraulik Di London

Seorang lelaki dilapor maut selepas dihempap tandas hidraulik semasa melakukan penyelenggaraan dalam kejadian berlaku di West End, London baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Menurut laporan kejadian ngeri itu berlaku di Cambridge Circus di persimpangan antara Shaftesbury Avenue dan Charing Cross Road.

Ageni-agensi menyelamat seperti pihak polis, bomba, ambulans serta penyelamat udara dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba di sana sekitar pukul 1.05 petang.

Dalam masa sama sebuah kren turut dibawa ke tempat kejadian bagi membantu usaha menyelamat dengan mengangkat keseluruhan tandas tersebut keluar dari tanah.

Akan tetapi usaha agensi-agensi berkenaan untuk menyelamatkan mangsa tidak berjaya apabila mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Agensi terlibat dalam  kejadian tersebut

Jurucakap Polis Metropolitan berkata, “Kami minta maaf kerana tetapi kami harus memaklumkan ini, walaupun terdapat usaha perkhidmatan kecemasan namun mangsa yang cedera parah di Cambridge Circus telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Warisnya telah dimaklumkan. Pihak polis tiba di tempat kejadian kira-kira 1:10 petang.  Bagaimanapun, lelaki tersebut dipercayai mengalami kecederaan teruk ketika mengerjakan urinal teleskopik di lokasi kejadian,” jelasnya.

Lelaki Maut Dihempap Tandas Hidraulik
Kredit: BBC

Sementara itu, jurucakap Perkhidmatan Ambulans London juga mengatakan bahawa pasukannya telah dihubungi sekitar jam 1:05 petang berkenaan kejadian yang berlaku di Shaftesbury Avenue, Charing Cross.

Justeru, pihaknya telah menghantar beberapa pasukan penyelamat termasuk kru ambulans, ahli tindak balas kawasan berbahaya, ahli unit tindak balas taktikal dan seorang doktor bagi membantu kejadian tersebut.

Tambahnya lagi, mereka turut menghantar pasukan penyelamat udara iaitu Ambulans Udara London, malangnya usaha tersebut tidak berpihak kepada mereka apabila mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian.

Lelaki Maut Dihempap Tandas Hidraulik
Kredit: The Mirror

Bukan itu sahaja, jurucakap pasukan bomba juga mengatakan bahawa mereka dihubungi berikutan seorang lelaki dipercayai terperangkap di bawah jalan (dalam tandas hidraulik).

“Anggota bomba bekerja dengan agensi lain dan menggunakan mesin (winch) untuk menyelamatkan mangsa. Dia ditinggalkan dalam rawatan Perkhidmatan Ambulans London sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pasukan penyelamat mula bertugas sekitar pukul 1:05 dan berakhir pada pukul 3:41 petang. Empat jentera bomba dan sekitar 25 anggota bomba dari balai bomba Soho, Euston dan Dowgate berada di tempat kejadian,” katanya.

Menurut Daily Mail, kaedah tandas hidraulik itu digunakan oleh Majlis Bandaraya Westminster sejak 20 tahun yang lalu dipercayai sebagai alternatif mencegah amalan ‘kencing jalanan’ oleh orang awam.

Sumber: Daily Mail

Florence Nuar