Siakap Keli
Burung nasar
Kredit: New York Post

Burung Hering Mati Mengejut, Zoo Dallas Tawar Lebih RM40k Pada Yang Boleh Bagi Maklumat

Burung Hering Mati Mengejut, Zoo Dallas Tawar Lebih RM40k Pada Yang Boleh Bagi Maklumat

Zoo Dallas, Amerika Syarikat menawarkan ganjaran sebanyak RM 42,470 kepada sesiapa yang mampu merungkaikan kematian misteri seekor daripada burung hering miliknya, lapor New York Post.

Difahamkan, burung hering berwajah lappet bernama Pin yang berusia sekitar 35 tahun itu telah mati dalam keadaan badannya yang mengalami luka pada Sabtu lalu.

Malah, bedah siasat ke atas burung yang merupakan satu daripada 27 yang masih hidup di AS itu juga telah dilakukan dan dipercayai kematiannya itu bukan semula jadi.

Pada masa kini, pihak polis sedang meniliti pelbagai kemungkinan termasuk kematian dan kejadian aneh di zoo itu yang mungkin merupakan kerja dalaman.

Zoo Dallas Tawar RM42,470
Kredit: New York Post

Sementara, jurucakap pegawai taman, Harrison Edell berkata, “Kami juga sangat terganggu dengan idea bahawa seseorang mungkin sengaja melakukan ini.”

Malah, Edell tidak berkongsi dengan lebih mendalam berkenaan jenis kecederaan yang dialami oleh Pin, sebaliknya memfokuskan dalang kejadian tersebut kerana baginya sesiapa yang ‘membunuh’ burung itu perlu melepasi halangan yang mengelilingi kandangnya.

Presiden zoo, Gregg Hudson berkata, “Semua orang disyaki ketika ini, tidak kira orang dalam atau luar, kami melihat di setiap sudut.

Saya berada dalam profesion zoo selama lebih 30 tahun dan tidak pernah mengalami situasi seperti yang berlaku pada hari Sabtu. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan kejadian ini sangat mencurigakan.”

Zoo Dallas Tawar RM42,470
Kredit: New York Post

Menurut New York Post, polis dipanggil ke zoo tersebut bukan sahaja kerana kematian burung  tetapi juga disebabkan seekor harimau bintang yang melarikan diri pada minggu yang lalu.

Bagaimanapun, pegawai tersebut percaya ada seseorang yang sengaja memotong kandang harimau tersebut dan sebuah kandang lain yang menempatkan seekor monyet. Namun, tidak lama selepas itu, harimau bintang, Nova telah ditemui.

“Jika ini(kejadian burung) berkaitan dengan insiden harimau bintang yang lari, ia pasti melintasi pelbagai halangan (pagar zoo). Ia benar-benar berubah daripada niat jahat kepada jenayah. Itu bahaya,” tambahnya.

Susulan itu, pihak penyiasat bertindak untuk menyemak lebih daripada 100 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan zoo tersebut.

Malah, keselamatan tambahan, termasuk peralatan yang dipinjam daripada pihak penguasa undang-undang telah dibawa masuk untuk mengelakkan si pelakunya menyerang lagi.

Bukan hanya itu, kakitangan keselamatan tambahan juga telah ditambah untuk pekerja yang berkerja lebih masa. Hal ini kerana status spesies burung Nahas, ikan dan hidupan liar AS telah tersenarai dalam haiwan yang terancam.

“Ini adalah spresies yang boleh pupus dalam kehidupan kita,” jelas Edell.

Dalam masa yang sama, polis Dallas meminta sesiapa yang mempunyai maklumat (berkaitan kejadian) untuk menghubungi 214-670-7694 dengan menyatakan bahawa sesiapa yang bersalah boleh menghadapi tuduhan jenayah.

Sumber: New York Post

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.