Siakap Keli
netflix one piece
Gambar: Netflix

Netflix Sahkan “Live Action” One Piece Bakal Disiarkan Tahun Ini

Netflix Sahkan “Live Action” One Piece Bakal Disiarkan Tahun Ini

Syarikat penstriman popular, Netflix mengesahkan bahawa pihaknya bakal menyiarkan adaptasi aksi langsung (live-action) siri animasi terkenal Jepun, One Piece pada tahun ini.

Makluman itu dibuat menerusi satu hantaran di Twitter yang memaparkan poster watak utama animasi itu, Monkey D. Luffy dari pandangan belakang

“One Piece bakal berlayar pada 2023,” tulis Netflix di platform berkenaan.

Bagaimanapun, tarikh tepat bagi tayangan itu tidak dinyatakan.

Tambahan lagi, Netflix dikhabarkan telah mengumumkan adaptasi rancangan One Piece live-action sejak Januari 2020.

Menurut The Verge, live-action ini akan diterajui oleh Matt Owens dan Steven Maeda. Sementara itu, antara pelakon yang bakal membintangi watak-watak animasi ini termasuklah Iñaki Godoy sebagai Luffy, Mackenyu sebagai Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero Gibson sebagai Usopp, dan Taz Skylar sebagai Sanji.

Susulan itu, jangkaan peminat terhadap siri itu semakin meningkat selepas poster pertama watak animasi tersebut dimuat naik.

Untuk pengetahuan, siri One Piece yang diciptakan oleh Eiichiro Oda merupakan antara siri animasi paling popular. Manga yang dicipta ini telah diadaptasi menjadi anime.

Sehingga kini, anime itu telah mengeluarkan lebih daripada 1,000 episod dan masih lagi ditayangkan.

BACA JUGA: Wanita Kongsi Kisah Benar Doraemon, Ramai Tak Tahu Bagaimanakah ‘Ending’ Sebenar

Terdahulu, syarikat permainan video, Bandai Namco turut melancarkan permainan video baharu yang berkonsepkan One Piece Odyssey pada awal tahun ini, lapor EssentiallySport.com.

Pelancaran itu menyaksikan penantian peminat animasi tersebut terlerai dalam platform konsol seperti PlayStation 4, PlayStation 5, Windows dan Xbox Series X/S pada 13 Januari lepas.

Difahamkan, permainan tersebut menggabungkan konsep visual anime dengan mekanik RPG yang mendalam serta permainan berasaskan penerokaan.

Ia telah mendapat pelbagai reaksi daripada komuniti pemain yang telah bermain permainan One Piece Odyssey. Menerusi platform Steam mendedahkan permainan tersebut mendapat rating 9/10 sementara di IGN pula mendapat 7/10.

BACA: 21,450 Muka Surat, Buku One Piece “Limited Edition” Terpanjang Didunia Mula Dijual

Sumber: Screen Rant, The Verge

BACA JUGA: “Nampak Pokok Buluh Macam Pintu Gerbang..,” Kisah 8 Orang Jadi Tahanan Di Bukit Luruh, Terpaksa Bergadai Nyawa Untuk Hidup

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?