Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Skor Indeks Persepsi Rasuah Malaysia Jatuh Merosot

Skor Indeks Persepsi Rasuah Malaysia Jatuh Merosot

Skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia pada tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) terus merosot kepada 47 mata dalam kalangan 180 negara, lapor Sinar Harian.

Dr Muhammad Mohan, Presiden TI-Malaysia (TI-M), menyatakan pada tahun 2019, skor negara jatuh enam mata dalam tempoh tiga tahun.

“Penurunan signifikan secara statistik ini menunjukkan bahawa kita menuju ke arah yang salah dalam memerangi rasuah, mendukung hak asasi manusia dan demokrasi di sektor awam,” katanya ketika membentangkan keputusan CPI 2022 di ibu negara pada Selasa.

CPI menggunakan skala di mana 0 dianggap sangat korup dan 100 dianggap sangat bersih.

Jelasnya lagi, negara-negara Skandinavia iaitu Denmark, Finland, Norway dan Sweden terus mendominasi kedudukan indeks antara 10 negara teratas atau terbersih bersama dengan negara dari rantau Asia Pasifik seperti New Zealand dan Singapura.

“Di kedudukan terbawah indeks, prestasi terburuk adalah Venezuela, Syria, Sudan Selatan dan Somalia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa kemahuan politik dalam memerangi rasuah institusi adalah sebab mengapa skor negara terus merosot.

“Contohnya semasa pandemik Covid-19, seperti anda ketahui terdapat banyak pengumuman pakej rangsangan tanpa perdebatan di Parlimen.

“Lantikan politik yang tidak layak untuk mengetuai syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

“Keengganan untuk mengatasi kos berlebihan dengan tegas seperti kapal tempur pesisir (LCS),” jelasnya.

Beliau turut mengkritik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan berkenaan tak guna mengungkit perkara lalu berhubung isu LCS.

“Dengan menyatakan tidak guna mengungkit, saya rasa itu tidak betul. Skor ini juga tidak akan bertambah baik.

“Percayalah pada saya, tahun depan anda datang, kita akan bercakap perkara yang sama,” jelasnya.

Pun begitu, beliau turut menyatakan tentang terdapatnya perkembangan positif seperti pendakwaan dalam kes rasuah antarabangsa SRC International Sdn Bhd yang membuktikan kebebasan institusi kehakiman.

Selain dari itu, memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dipimpin oleh Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH).

“Antara dalam perkara ini adalah kelulusan kelayakan mengundi pada usia 18 dan pendaftaran pengundian automatik di samping anti lompat parti,” ujarnya.

Beliau juga turut menambah bahawa pengumuman di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang menginginkan tadbir urus baik, memerangi rasuah dan kebebasan kehakiman dikenal pasti sebagai isu teras adalah sesuatu benda yang positif.

Sumber: Sinar Harian

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.