Siakap Keli
Petaling Street “The Notorius Market List”
Kredit: Bernama

Petaling Street Masuk Senarai “The Notorious Market List” Amerika

Petaling Street Masuk Senarai “The Notorious Market List” Amerika

United States Trade Representative (USTR) baru-baru ini telah mengeluarkan satu senarai yang digelar The Notorious Market List. Senarai berkenaan merupakan hasil daripada Kajian Semakan Pasaran-pasaran Barang Tiruan dan Cetak Rompak 2022 yang diadakan tahun lepas.

Menerusi senarai ini, beberapa lokasi di seluruh dunia dikenal pasti mempunyai pasaran fizikal dan atas talian yang terlibat dalam penjualan barang tiruan dan cetak rompak.

“Urusniaga terhadap barangan palsu dan cetak rompak secara berluasa ini telah mengancam keselamatan ekonomi Amerika. Ia disifatkan sebagai satu perlecehan terhadap hasil kerja kami untuk mencipta dasar perdagangan yang saksama dan inklusif.

The Notorious Markets List merupakan satu wadah yang penting bagi menggesa sektor swasta dan rakan kongsi untuk mengambil tindakan ke atas amalan-amalan berbahaya ini,” kata wakil USTR, Katherine Tai.

UTSR mengenal pasti 39 pasaran atas talian dan 33 pasaran fizikal yang terlibat dalam aktiviti tersebut.

Laporan ini  turut mengenalpasti ekosistem e-dagang WeChat sebagai salah satu platform terbesar yang menawarkan barangan cetak rompak di China. Entiti atas talian seperti Shopee, Ali Express, MP3 Juices, Sci Hub, Thepiratebay dan Taobao turut dimasukkan dalam senarai ini.

Lebih mengejutkan, sebuah lokasi terkenal di Malaysia turut tersenarai dalam senarai tersebut.

Pasar Petaling Street yang terkenal sebagai salah satu lokasi utama pelancong dan aktiviti ekonomi di ibu kota turut tersenarai dalam senarai The Notorious Market List yang dikeluarkan oleh UTSR.

USTR mendakwa, keputusan meletakkan Petaling Street dalam senarai The Notorious Market List selepas ia dikenal pasti sebagai lokasi pasaran fizikal yang menawarkan barangan palsu dan cetak rompak. Antara barangan-barangan palsu yang boleh ditemui disini termasuklah jam tangan, kasut, beg tangan dan dompet.

Memetik laporan tersebut, aktiviti jual beli di Petaling Street masih belum kembali seperti prestasinya sebelum pandemik. Ia mungkin disebabkan kehadiran pelancong asing yang masih lagi kurang ketika ini berbanding beberapa tahun lepas.

Namun begitu, Petaling Street dipercayai terus menjadi tumpuan aktiviti berkenaan berjalan hingga ke saat ini.

BACA: Tak Mampu Bayar Denda RM 32k, Lelaki Abai Kucing Peliharaan Hingga Mati Dipenjara 20 Hari

Sumber: USTR

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma