Siakap Keli
Jumpa Arwah Nenek Dalam Google Maps
Kredit Retroridersg/TikTok

Lelaki Berjaya Bertemu Dengan Arwah Neneknya Menggunakan “Google Maps”

Lelaki Tak Sangka Dapat Lepas Rindu, Jumpa Arwah Nenek Dalam Google Maps

Seorang lelaki Singapura berjaya menemui cara untuk melepaskan rindunya terhadap arwah neneknya menerusi carian di “Google Maps”.

Lelaki itu telah menggunakan aplikasi media sosial TikTok untuk berkongsi secara ringkas bagaimana dia dapat melihat secara sekilas mendiang datuk dan neneknya.

Hasilnya sosok wanita tua itu berjaya dirakam oleh kamera Google Street View yang memetakan keadaan bumi pada masa kejadian.

Video TikTok tersebut menunjukkan terdapat lintasan pejalan kaki di sepanjang jalan Hougang Central yang bertentangan dengan persimpangan bas seperti yang dilihat pada 2022.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Selepas diimbas pada tahun 2009, seorang wanita tua yang membawa payung dan beg plastik dapat dilihat sedang menunggu di persimpangan pejalan kaki di salah satu tangkap layar peta tersebut.

Menurut video perkongsian lelaki itu, wanita warga emas yang dilihat adalah arwah nenek kepada pengguna TikTok tersebut.

“Setiap tahun baharu Cina saya merindui arwah nenek saya, saya akan lihat peta di google dan dia pasti akan berada di sana. Saya rindu awak nenek,” tulis kapsyen video lelaki tersebut.

Kisah penemuan dalam alam maya cucu dan neneknya itu tidak mungkin diwujudkan jika hasil matlamat utama Google yang mahu memetakan seluruh dunia tidak dilakukan oleh syarikat gergasi berkenaan.

@retroridersg

Every Chinese new year whenever I miss my late grandma, I would come to google map and she will be there. miss you grandma. #fyp #foryoupage #coldplayyellow #cny2023 #grandma

♬ original sound – Lariexxx – Lariexxx

Tangkapan Streets View di kawasan Hougang lebih daripada 14 tahun lalu secara kebetulan nampaknya telah mewujudkan magis pertemuan semula kepada lelaki berkenaan.

Walaupun muka manusia yang berada di Street View adalah kabur kerana mahu menjaga privasi individu, tetapi itu tidak menghalang untuk kita mengenal pasti orang yang disayangi.

Menurut pengguna akaun TikTok tersebut, dia mendedahkan bahawa neneknya itu telah meninggal pada dua tahun yang lalu.

Terdapat juga komen di video tersebut yang memberi cadangan agar lelaki tersebut membuat tangkap layar gambar Google Street View berkenaan kerana ia mungkin tidak kekal lama memandangkan sifat data digital yang tidak kekal.

Sumber: Mothership

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka