Siakap Keli
Mason Greenwood bebas
Kredit AFP

Mason Greenwood Bebas Selepas Kes Cubaan Rogol Digugurkan

Mason Greenwood Bebas, Kes Cubaan Rogol Digugurkan

Pertuduhan kes cubaan rogol dan menyerang yang dikenakan ke atas Mason Greenwood telah digugurkan dan pemain Manchester United itu telah bebas dari semua tuduhan, lapor BBC.

Pemain berusia 21 tahun itu ditangkap pada Januari 2022 lalu selepas tersebarnya gambar dan video yang didakwa sebagai diri pemain tersebut.

Dia turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan iaitu cubaan merogol, tingkah laku paksaan serta serangan yang menyebabkan kecederaan pada badan mangsa.

Dalam satu kenyataan, Greenwood berkata dia lega dan berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakanya kerana tak henti menyokong dirinya.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Crown Prosecution Service (CPS) berkata, pertuduhan itu ditarik selepas saksi utama kes berkenaan telah menarik balik penglibatan mereka dalam kes tersebut.

Seorang jurucakap berkata: “Kami mempunyai kewajipan untuk memastikan kes di bawah semakan berterusan.

“Dalam kes ini gabungan penarikan saksi utama dan bahan baharu yang didedahkan telah menyebabkan tiada lagi prospek pensabitan yang realistik.

“Dalam keadaan ini, kami bertanggungjawab untuk menghentikan kes ini,” kata jurucakap itu.

Menurut jurucakap itu lagi, keputusan tersebut telah dijelaskan kepada semua pihak.

Mereka turut menggalakkan mana-mana mangsa yang berpotensi untuk tampil dan melaporkan kepada polis bagi mendakwa pihak yang terlibat.

Selepas beberapa jam dakwaan itu dibuat pada awal 2022 lalu, penyerang yang telah membuat penampilan untuk England telah digantung daripada bermain atau berlatih dengan kelab Old Trafford.

“Keputusan Crown Prosecution Service (CPS) telah menggugurkan pertuduhan ke atas Mason Greenwood.

“Kelab itu kini akan menjalankan prosesnya sendiri sebelum menentukan langkah seterusnya.

Kami tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut,” kata seorang wakil Manchester United berhubung kes berkenaan.

Menurut BBC, Greenwood dipercayai tidak akan kembali berlatih atau bermain sehingga proses ini selesai sepenuhnya.

Polis Greater Manchester berkata kini sudah tiba masanya untuk mengumumkan bahawa Greenwood tidak lagi menghadapi sebarang prosiding jenayah.

Supt Michaela Kerr berkata keputusan berkenaan tidak akan dipandang ringan.

“Walau bagaimanapun, saya ingin menggunakan peluang ini untuk mengulangi komitmen pasukan untuk menyiasat dakwaan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan yang terlibat,” kata ketua polis Michaela Kerr tersebut.

Sumber: BBC

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka