Siakap Keli
Tikam Bos Hingga Mati
Kredit ViralPress

Tikam Bos Hingga Mati, Didakwa Selalu Disuruh Kerja “Over-Time”

Tikam Bos Hingga Mati Dipercayai Selalu Disuruh Kerja “Over-Time”

Seorang pengawal keselamatan didakwa tikam majikan hingga mati kerana memaksanya bekerja lebih masa dan sering keluarkan kata-kata kesat padanya, lapor Metro UK.

Suspek berusia 44 tahun itu telah ditahan oleh polis selepas didakwa menikam mangsa menggunakan sebilah pisau sepanjang 33cm ke atas mangsa yang berusia 56 tahun.

Suspek nekad melakukan perbuatan itu di tengah bandar raya Bangkok kerana sering dibuli oleh bosnya, dakwa suspek tersebut.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Saya sudah lama marah dengan bos saya. Kadang-kadang saya tidak boleh tidur kerana terlalu tertekan memikirkan dia,” kata suspek kepada polis selepas menahannya.

“Dia membuli saya dan selalu bercakap kasar kepada saya. Walaupun saya sudah pulang kerja, kata-katanya masih terlintas dan bermain di kepala saya,” tambahnya lagi.

Rakaman CCTV di lokasi kejadian menunjukkan bahawa mangsa telah merayu kepada suspek di tempat letak kereta di Taman Lumpini pada 1 Februari lalu sebelum penyerangnya itu menikam mangsa di bahagian kiri dadanya.

Kredit ViralPress

Orang ramai yang lalu-lalang di lokasi kejadian segera memberikan bantuan dan memisahkan kedua-dua penyerang dan mangsa.

Suspek dipercayai berjaya melarikan diri dengan menaiki basikalnya, manakala mangsa telah terjatuh ke atas jalan akibat daripada tikaman.

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia akibat daripada kecederaan serius di bahagian dada kirinya.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan oleh polis selepas dikesan berada di rumahnya.

Dia bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Thailand masih mengekalkan hukuman mati bagi pembunuhan, tetapi hanya melaksanakannya bila perlu dan melibatkan kes jenayah berat dan berprofil tinggi.

Tikam Bos Hingga Mati Dipercayai Selalu Disuruh Kerja “Over-Time”

Suspek yang merupakan pekerja bawahan mangsa mendakwa bahawa dia dipaksa bekerja selama berjam-jam dan mengalami penderaan lisan yang kerap daripada mangsa.

Leftenan Kolonel Polis Buddhawiro berkata: “Bukti menunjukkan suspek membunuh bosnya menggunakan sebilah pisau.

“Dia merancang serangan itu, jadi pihak pendakwa raya telah membuat tuduhan membunuh bagi kes ini,” jelas Buddhawiro lagi kepada media.

Sumber: Metro UK

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka