Amerika Bimbang Kes Penyakit Demam Lembah Meningkat
Pakar kesihatan Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan selepas berlaku kenaikan kes jangkitan kulat yang dipanggil sebagai “Demam Lembah” yang boleh membawa maut di negara itu.
Walaupun kes banyak tertumpu di barat daya, namun ia dikatakan mula merebak ke kawasan lain ketika ini. Krisis perubahan iklim mungkin menjadi antara punca kepada perebakan jangkitan tersebut.
Cases of Valley fever, a fungal infection caused by breathing in microscopic spores that live in dirt, are on the rise and experts worry that climate change could cause more cases.@GadiNBC shares one college freshman’s story of being diagnosed: https://t.co/MHTHRaOdqf
— NBC Nightly News with Lester Holt (@NBCNightlyNews) January 31, 2023
Penyakit berkenaan dikatakan berpunca apabila pesakit menghirup udara yang mengandungi spora daripada fungus coccidioides. Ia biasanya berada di atas tanah, namun boleh terbang ke udara akibat aktiviti manusia seperti dipijak atau digelek kenderaan di kawasan pembinaan.
Demam lembah diletakkan sebagai status endemik di barat daya Amerika. Sebanyak 97 peratus kes setakat ini dilaporkan di Arizona dan California, jelas Jabatan Kesihatan Awam California.
Cases of "Valley Fever" are expected to skyrocket in western U.S. as climate change worsens. @GadiNBC reports more on the symptoms. pic.twitter.com/qRT3tGzzxJ
— Kate Snow (@tvkatesnow) January 30, 2023
Pada 2019, sekitar 20,000 kes demam lembah direkodkan di Amerika. Namun, Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak (CDC) berkata jumlahnya mungkin lebih daripada itu.
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan GeoHealth, menganggarkan radius jangkitan demam ini boleh mencecah hingga sempadan Kanada menjelang hujung kurun ini. Kajian tersebut turut menyebut perubahan iklim sebagai puncanya.
Merebak akibat perubahan iklim
“Apabila peningkatan suhu berlaku, bahagian barat AS akan menjadi semakin kering. Kawasan tanah seakan-akan gurun ini akan bertambah luas. Keadaan kering dan berangin akan membenarkan coccidioide untuk tumbuh di kawasan baharu,” kata Ketua penyelidik, Morgan Gorris kepada NBC.
Valley fever could spread from Southwest, driven by climate change, researchers warn: 'New cases emerging' https://t.co/Z50zYmLwfC
— Fox News (@FoxNews) February 3, 2023
Hanya sedikit yang diketahui berkenaan simptom jangkitan demam ini dan seringkali tersalah diagnosis oleh petugas perubatan. Bagaimanapun, pesakit demam lembah biasanya menunjukkan simptom-simptom seperti keletihan, batuk, demam, sukar bernafas dan sakit otot.
CDC turut berkata, ia juga boleh menyebabkan masalah paru-paru yang lebih teruk melibatkan kira-kira sembilan hingga 10 peratus kes.
Berkenaan rawatannya pula, ada pesakit yang terpaksa bergantung kepada ventilator secara berkala bagi membantu mereka bernafas. Malah, sebahagian pesakit perlu bergantung kepada ubat antiviral untuk tempoh berbulan-bulan hingga bertahun-tahun lamanya. Mereka juga perlu berdepan dengan kesan sampingan jangkitan seperti kehilangan rambut, bibir merekah dan kulit mengering.
The spread of potentially a flesh-eating fungal infection called Valley fever may hinge on climate change. https://t.co/KJcXx2rDxs pic.twitter.com/kHmgElglrr
— USA TODAY (@USATODAY) February 2, 2023
Just saw on the news they were talking about valley fever and how much it could spread in the US. And made me reflect on how thankful I am that I didn’t die from it back in 2015. I felt close to it for sure but I’m glad to still be alive ☺️ #Throwback #valleyfever pic.twitter.com/LOwNz9Pijs
— LAUREN GOT MEDICINE!!!!!! 🎉🥳 (@okaylauren101) January 31, 2023
BACA: DBKL ‘Angkut’ 11 Moto, Halang Laluan Pejalan Kaki LRT
Sumber: Independent, USA Today