Siakap Keli
cara tahu penyakit melihat warna kuku
Kredit: Shutterstock/FotoDuets

Ini Cara Untuk Tahu Penyakit Dengan Hanya Melihat Warna Kuku

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ini Cara Untuk Tahu Penyakit Dengan Hanya Melihat Warna Kuku

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk ketahui penyakit yang dialami oleh individu dengan hanya melihat tubuh badan.

Sekiranya mengalami sakit, tubuh badan terlebih dahulu akan menunjukkan simptom-simptom penyakit tersebut seperti rambut gugur, kuku rosak, warna mata menjadi kuning dan lain-lain.

Simtptom yang ditunjukkan merupakan tanda awal seseorang mengalami penyakit tertentu sebelum didiagnos sendiri oleh doktor perubatan.

Pun begitu, Dr Ahmad Samhan berkongsi cara bagi mengetahui penyakit yang dialami dengan hanya melihat warna kuku di laman Twitter.

Ikuti penerangan beliau mengenai fungsi kuku yang mungkin ramai tidak tahu. Semoga bermanfaat!

Semak penyakit melalui warna kuku?

Ya betul! Jom ketahui penyakit melalui warna kuku anda! Anda mungkin berasakan kuku tidak mendatangkan sebarang fungsi. Tetapi tahukah yang anda boleh mengetahui tanda penyakit melalui kuku?

Kuku pucat

Masalah kesihatan yang serius boleh mendasari tanda penyakit melalui kuku seperti Anemia, kegagalan jantung kongestif, penyakit hati dan malnutrisi.

Kuku putih

Gambar: Twitter @DoktorSamhan

Jika kuku anda berwarna putih dengan rim gelap, ia menunjukkan masalah kesihatan berkaitan hati seperti hepatitis. Terdapat juga masalah penyakit kuning (jaundice), yang juga merupakan satu lagi tanda masalah hati.

Kuku kebiruan

Gambar: Twitter @DoktorSamhan

Turut dikenali sebagai kuku bluish dan bermaksud tubuh anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Ia boleh dikaitkan dengan masalah paru-paru, seperti emfisema (Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik, COPD).

Kuku kuning

Gambar: Twitter @DoktorSamhan

Penyebab kuku kuning yang paling biasa adalah jangkitan kulat. Atau dalam sesetengah kes yang agak jarang berlaku, kuku kuning menunjukkan keadaan kesihatan yang serius seperti penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes atau psoriasis.

Kuku kering atau rapuh

Gambar: Twitter @DoktorSamhan

Kuku yang sentiasa kering dan rapuh bisanya berhubung kait dengan penyakit tiroid.

Bengkak sekitar kuku

Gambar: Twitter @DoktorSamhan

Kuku kelihatan merah dan bengkak, dikenali sebagai kerengsaan kuku. Ia mungkin kerana masalah lupus atau gangguan tisu penyambung lain.

Kuku ripple

Gambar: Twitter @DoktorSamhan

Jika permukaan kuku merasa tidak rata dan seperti ada lekukan kecil, ia mungkin petanda awal psoriasis atau keradangan arthritis.

Garis gelap di bawah kuku

Gambar: Twitter @DoktorSamhan

Sekiranya terdapat garis gelap di bawah kuku, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin! Ia mungkin disebabkan melanoma, sejenis kanser kulit paling berbahaya.

Kuku ‘gnawed’ atau yang digigit

Tabiat menggigit kuku boleh menjadi bahaya dan merupakan simptom kebimbangan yang berterusan yang mungkin memerlukan rawatan.

Individu yang gemar menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Sekiranya anda mendapati sukar untuk menghentikan tabiat ini, anda perlu berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor secepatnya!

Sumber: @DoktorSamhan via Twitter

BACA: Selalu Alami Migrain Berlarutan? Kenali Tiga Jenis Ubat Ini Untuk Rawatan – Dr. Samhan

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.