Siakap Keli
Page Rasmi Fluffy Empire Akan Ditutup
Kredit: Fluffy Empire | Facebook

Hanya Tinggal Kenangan, FB Rasmi Fluffy Empire Akan Ditutup

Para pencinta kucing mesti tahu page Fluffy Empire telah mengumumkan berita sedih berkenaan penutupan page itu secara rasmi.

Tidak dinafikan gambar atau video ‘si bulus’ akan penuh dalam ruangan galeri telefon bimbit anda, mana tidaknya, gelagat si comel itu sudah pasti dapat menghiburkan hari-hari anda.

Malah sebagai pencinta kucing, anda sedia maklum telatahnya bagaimana, memang tak sah kalau tak buat perangai, lagi-lagi si Oyen.

Tapi, perkara itulah yang akan menjadi kenangan apabila ia sudah meninggalkan kita, kita tahu jangka hayat haiwan tidak sama dengan manusia, ia dipinjamkan hanya dalam tempoh sekejap kepada kita.

Jadi, manfaatkan masa yang ada bersama mereka (kucing).

Sebut tentang kucing, mungkin ramai yang mengenali kucing selebriti dikenali ramai iaitu Fluffy, salah seekor si bulus berwarna putih yang cukup terkenal menaiki motosikal dengan tuannya satu ketika dahulu.

Selama ini tuan Fluffy bergiat aktif berkongsi segala cerita dan perkembangan terkini mengenai Fluffy dan keluarganya di laman Facebook rasmi Fluffy Empire.

Bagaimanapun pada 10 Februari 2021, Fluffy ditakdirkan telah kembali menemui Penciptanya dipercayai akibat sakit yang tidak diketahui puncanya.

Keratan artikel terdahulu

BACA JUGA: “Perit Nak Terima Kenyataan..” Pemilik Sahkan ‘Fluffy The Rider’ Meninggal Dunia Hari Ini

Hanya tinggal kenangan, page rasmi Fluffy akan ditutup

Baru-baru ini, tuan Fluffy mengumumkan secara terbuka bahawa laman Facebook (page) rasmi Fluffy Empire (FE) akan ditutup ekoran faktor kekangan masa dan lain-lain dihadapi mereka.

Page Rasmi Fluffy Empire Akan Ditutup
Kredit: Fluffy Empire | Facebook

Lebih menyedihkan FE turut menyentuh bahawa ‘ahli’ yang tinggal hanya MooMoo sahaja malah, tidak dinafikan mereka berasa sedih apabila melihat gambar kucing yang lain (hanya mampu imbas kembali).

Pada acik ankel yang bertanya kenapa nak tutup, ini kerana kami mengalami kekangan masa dan tak boleh commit untuk sentiasa update page macam dulu lagi.

“Lagipun ahli FE hanya tinggal MooMoo sahaja. Sejujurnya, kami hanya mampu throwback gambar-gambar lama dan adakalanya buat hati bertambah pilu,”tulisnya.

Dalam kesempatan yang sama, pihak FE juga memohon maaf sekiranya ada perkongsian terdahulu yang menyinggung perasaan peminat kucing.

“Oleh sedemikan, kami telah membuat keputusan untuk menutup page FE. Minta maaf jika selama kewujudan page ni ada post yang menyinggung acik ankel sekalian, dan jutaan terima kasih kerana setia menyokong FE sejak dari adanya Fluffy sehingga sekarang,” tambahnya.

Tidak dilupakan juga, mereka turut mengucapkan ucapan terima kasih kerana sentiasa menyokong FE sejak adanya kucing, Fluffy sehingga hari ini.

Tidak dinafikan banyak video mahupun gambar kucing sepanjang page itu beroperasi. Jadi, pihak FE memberi keizinan kepada sesiapa yang ingin menyimpan video mahupun gambar Fluffy atau kucing yang lain untuk tujuan kenangan.

“Tak dinafikan banyak kenangan Fluffy dalam page ni. Untuk yang nak save video atau gambar-gambar Fluffy & lain-lain, silakan, kami izinkan dengan tujuan sebagai kenangan.

“Sekali lagi, terima kasih kerana sokong FE. Semoga selamanya kita terus jadi seorang pencinta haiwan,” tambahnya.

“Tak payah tutup..tak payah update tinggal je kenangan kt sini”

Pengumuman daripada pihak FE telah mendapat 408 komen (setakat artikel ditulis) yang rata-ratanya tidak mahu akaun tersebut ditutup.

Bagi mereka, biarkan sahaja seperti itu, sekurang-kurangnya mereka (pencinta kucing) boleh melihat kembali aksi-aksi comel kucing tersebut.

Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan:

Page Rasmi Fluffy Empire Akan Ditutup
Kredit: Fluffy Empire | Facebook
Page Rasmi Fluffy Empire Akan Ditutup
Kredit: Fluffy Empire | Facebook

Tidak kurang juga pihak FE turut menyatakan kondisi sebenar yang dihadapi mereka:

Tambah FE, mereka juga sudah tiada ‘modal’ untuk membuat apa-apa hantaran di laman Facebook tersebut.

Berikut di bawah adalah tulisan asal di lamam Facebook FE.

https://www.facebook.com/Fluffy.Empire77/posts/pfbid0mR9Qv6uVyJibUtijRxADEpDBnCdWGAXTEiNP2mdeCU4zcLYHcLbYqaGpn7Yurxtgl

 

Sumber: Fluffy Empire | Facebook

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.