Siakap Keli
Lelaki Terkorban Ketika Selamatkan Ibu
Kredit: Thaiger

Lelaki Terbunuh Ketika Selamatkan Ibu Diserang Anjing Pitbull

Lelaki Terbunuh Ketika Selamatkan Ibu Diserang Anjing Pitbull

Seorang lelaki dilapor terbunuh ketika cuba menyelamatkan ibunya daripada serangan anjing peliharaan mereka dalam kejadian yang berlaku di wilayah Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand, lapor Thaiger.

Kejadian tragis itu berlaku pada Jumaat lalu apabila anjing baka Pit Bull bernama Bobby, lapan tahun telah menyerang ibu mangsa yang berusia 68 tahun.

Difahamkan, Bobby ingin mengigit kerongkong mangsa sebelum mangsa ‘memberikan’ tangannya sebagai gantian untuk digigit.

Tidak berakhir di situ, Bobby kemudian mengigit paha kiri dan menghempas mangsa ke pagar. Disebabkan itu, mangsa dikatakan mengalami luka yang serius dan kehilangan banyak darah.

Lebih teruk lagi, Bobby mengheret mangsa ke dalam sangkarnya sehingga mengakibatkan usus perutnya terkeluar akibat gigitan yang kuat.

Susulan itu, teman wanita dan anak saudara mangsa turut berlari menuju ke sangkar dan berjaya mengeluarkan mangsa, bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital akibat kehilangan banyak darah.

Lelaki Terkorban Ketika Selamatkan Ibu
Kredit: Thaiger

Sementara itu, ibunya yang mengalami kecederaan akibat gigitan Bobby turut dikejarkan ke hospital oleh seorang rakan mangsa, Mana berusia 51 tahun yang bertanggungjawab menjaga Bobby.

Menurut Mana, mangsa adalah seorang lelaki yang mempunyai berat 95 kilogram (kg) tetapi dia tidak mampu menandingi kekuatan Bobby.

Tambah Mana, ibu mangsa hanya melawat sekali atau dua kali sahaja anjing itu dalam tempoh setahun, mungkin itu sebabnya kerana Bobby dikatakan tidak menyukai bau asing di kawasannya.

Dalam pada itu, keluarga mangsa bertindak untuk mengurung Bobby di dalam sangkar dan buntu apa yang perlu dilakukan kepadanya.

Tambah keluarga mangsa, ini adalah pertama kali dalam hidupnya (Bobby) memperlihatkan sisi ganasnya itu.

Lebih memilukan, ibu mangsa hanya dikhabarkan dengan kematian anaknya semasa dirawat di hospital.

Dia (ibu mangsa) mengatakan bahawa anaknya telah menyelamatkan nyawanya kerana tanpa bantuan anaknya sudah pasti dia tidak tidak akan terselamat daripada serangan itu.

Menurut Thaiger, hari ini adalah hari pengebumian mangsa yang dijalankan di Kuil Thung Sawang di daerah Mueang.

Kejadian yang sama berlaku kira-kira tiga minggu lalu apabila empat ekor anjing baka Pit Bull telah menyerang seorang warga emas berusia 76 tahun di wilayah Nakhon Phanom sehingga menyebabkan dia cedera parah dan memerlukan rawatan hospital.

Bagaimanapun, dia dikatakan bernasib baik apabila jiran-jiran bertindak untuk menghalau anjing-anjing tersebut dengan menggunakan kayu besbol.

 

Sumber: Thaiger

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.