Suspek Curi Pasrah Tersengih, Polis “Suprise” Nyanyi Lagu “Birthday” Kejut Bangun Tidur
Aksi polis yang melakukan tangkapan secara unik terhadap seorang suspek tular di media sosial Indonesia.
Dalam video yang tersebar itu, sebilangan anggota polis berpakaian seragam awam dilihat menyanyikan lagu happy birthday sambil membangunkan suspek secara paksa.
Video yang dikongsikan oleh akaun instagram @fakta.indo telah menunjukkan tangkapan dibuat ketika suspek sedang nyenyak tidur.
Polis nyanyi birthday
Memetik Suara.com, selepas lokasi persembunyiannya diketahui, polis dengan segera memberikan ‘kejutan’ kepada suspek selepas diangkat secara paksa.
Dalam video itu, suspek kelihatan terpinga-pinga selepas dikejutkan dan ditahan oleh anggota polis yang berpakaian seperti orang awam tersebut.

Yang kelakarnya, reaksi suspek yang tersenyum sambil polis menyanyikan lagu “happy birthday” telah mendapat perhatian penonton video berkenaan.

Malah, salah seorang anggota polis yang menyamar dan memakai baju Ojol telah mengusap dada suspek lalu membuatkan suspek tersengih.

Berdasarkan naratif video yang dimuat naik, kejadian penahanan suspek curi besi itu berlaku di sebuah kafe internet di kawasan Lubuklinggau, Sumatera Selatan, Indonesi.
Aksi polis yang memberi kejutan sambil menyanyikan lagu selamat hari jadi itu telah mengundang pelbagai komen daripada netizen.
Ramai netizen terhibur dengan polis tersebut yang tidak menggunakan kekerasan ketika menangkap penjenayah.
Antara komen netizen yang menarik perhatian adalah:
“Tangkapan yang paling sopan. Ini pasti hadiah hari jadi yang tidak dapat dilupakan,” tulis seorang netizen.
“Sejak itu, dia sudah trauma mendengar lagu hari jadi dan tidak mahu tahu bila hari lahirnya,” tulis seorang lagi netizen.
“Ini kejutan yang sebenarnya, tetapi malangnya tidak membawa kek hari jadi sekali,” tulis seorang netizen yang mencadangkan agar polis tersebut membawa kek.
Kejadian yang hampir sama
Terdahulu Siakap Keli pernah melaporkan kejadian yang hampir sama di mana seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal dikejut oleh anggota polis dengan penuh lembut sewaktu suspek sedang nyenyak tidur.
Kejadian itu turut dilaporkan berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia.
Menurut Suara.com, penahanan suspek itu dilakukan oleh pasukan Delta Resmob On The Road, Polis Manado, Indonesia.
Video rakaman itu telah dimuat naik oleh akaun Instagram @fakta.indo dan mendapat perhatian ramai pengguna media sosial berkenaan.
Sewaktu kejadian, pasukan polis telah membuat serbuan ke rumah suspek lalu mendapati bahawa dia sedang nyenyak tidur.
Sumber: Suara.com