Siakap Keli
tikus rembat rantai
Gambar: Twitter

Tular Video Tikus ‘Rembat’ Rantai Di Kedai Barang Kemas Raih Perhatian

Tular Video Tikus ‘Rembat’ Rantai Di Kedai Barang Kemas Raih Perhatian

Satu video yang memaparkan gelagat seekor tikus sedang mencuri rantai dari kedai barang kemas menjadi tular di media sosial, lapor NDTV.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pegawai polis India bernama Rajesh Hingankar di laman Twitter.

Menerusi video tersebut, tikus itu dilihat mengambil seutas rantai menggunakan mulutnya dan bergegas melarikan diri dari tempat kejadian.

“Untuk siapa tikus ini ambil rantai berlian itu…” tulis dalam kenyataan itu dalam bahasa Hindi.

Memetik NDTV, video tikus ‘rembat’ rantai itu lantas menjadi tular di platform media sosial dan telah menerima hampir 153.2k tontonan, 199 retweets dan lebih 700 tanda suka di Twitter.

Malah, beberapa pengguna media sosial juga turut meninggalkan komen menarik di ruangan komen.

“Untuk teman wanita saya,” komen seorang netizen.

“Untuk pergi ke majlis perkahwinan, puan tikus mesti bertegas bahawa anda bekerja di kedai barang kemas sahaja, bukannya membawa satu rantai sahaja,” komen seorang netizen lagi.

“Anda perlu dapat tahu tentang perkara ini juga,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, Siakap Keli melaporkan bahawa seekor kucing mengambil sesuatu mainan dan berkali keluar rumah apabila dikejar.

Kucing yang dikenali sebagai ‘Oyen’ seakan sedar melakukan kesalahan kerana teragak-agak mahu melarikan diri apabila namanya dipanggil untuk disuruh memulangkan mainan tersebut.

Namun, akhirnya kucing jiran itu berlari keluar dari pagar rumah dan membawa masuk ke rumah pemiliknya.

Pada November lalu, seekor burung nuri yang hinggap di bahu seorang wartawan TV secara tiba-tiba nekad untuk mencuri fon telinga.

Pada ketika itu, wartawan TV, Nicolas Krumm sedang melakukan siaran langsung untuk melaporkan berita kecurian sebuah rumah di Chile sebelum burung itu bertindak mencuri fon telinga yang dipakainya.

Pada tahun lalu, seekor burung camar mencuri lebih 17 kilogram makanan di sebuah pasar raya di Tesco Extra di Piagnton, Devon di England.

Nilai keseluruhan barangan yang dicurinya dianggarkan melebihi RM1,317, lapor Siakap Keli.

Sumber: NDTV

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.