“Saya Suka Di Sini,” Marcel Sabitzer Sedia Tukar Status Pemain “Loan” Di Manchester United
Marcel Sabitzer bersikap terbuka mengenai kemungkinan menukar status pinjamannya di Manchester United kepada perpindahan tetap pada musim panas ini, lapor Daily Mail.
Pemain tengah Austria itu tiba di Old Trafford sebagai pemain pinjaman dalam tempoh genting hari terakhir bagi perpindahan pemain.
Sabitzer yang bermain untuk Bayern Munich telah menyertai United sejurus selepas Christian Eriksen terpaksa disisihkan untuk jangka masa lama akibat kecederaan.
Sabitzer dimasukkan ke dalam kesebelasan utama lebih awal daripada jangkaan selepas Casemiro digantung tiga perlawanan.
“Ia adalah pinjaman pada masa ini. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” kata Sabitzer.
Marcel Sabitzer akui suka Manchester United
“Saya suka di sini. Saya berasa sangat baik di sini. Saya suka pasukan, saya suka kelab dan suasana di Old Trafford. Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada musim panas,” tambah Sabitzer lagi.
Menurut Sabitzer, ia merupakan hari yang sibuk baginya kerana dia terpaksa berpindah dalam masa yang singkat. Seluruh pasukan juga telah mengalu-alukan kedatangannya ke kelab tersebut.
“Ia adalah permulaan yang agak cepat tetapi saya terpaksa bertindak pantas kerana penggantungan Casemiro. Saya sudah bersedia untuk itu.
“Dari saat pertama, saya berasa sangat baik dalam pasukan ini. Ia juga mempunyai semangat yang baik, gol yang bagus dan kami merupakan pasukan yang bagus. Ia memang seronok,” tambah Sabitzer.
BACA: Wanita Dirakam Tertidur Sambil Pandu Tesla Tengah “Highway”
Ten Hag banyak membantu Sabitzer sesuaikan diri
Selain itu, katanya lagi pengurus pasukan juga banyak bercakap kepadanya dan mempunyai harapan yang tinggi kepadanya. Malah Erik Ten Hag juga mempunyai taktiknya yang tersendiri.
Sabitzer masih membiasakan diri dengan kehebatan Liga Perdana Inggeris selepas dia terlibat dalam perlawanan sengit antara United dan Leeds.
United berada di kedudukan seri 2-2 di Old Trafford pada pertengahan minggu lalu sebelum menjaringkan dua gol pada perlawanan seterusnya di Elland Road.
Perlawanan pada Ahad lalu telah berjaya memberikan kemenangan kepada United dengan jaringan 2-0.
“Leeds, di tempat lawan, merupakan perlawanan yang besar buat United. Anda perlu memenangi perlawanan ini. Kami sudah bersedia untuk itu. Kami terlepas sedikit pada Rabu lalu jadi kami mahu melakukannya dengan lebih baik.
“Kami tahu sebelum ini ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Dalam Liga Perdana, anda mempunyai banyak perubahan, jadi anda perlu fokus sehingga tamat.
“Kami melakukannya dengan baik, kami tidak memberi mereka peluang,” kata Sabitzer lagi berkenaan perlawanan mereka.
United berada di tempat ketiga dalam Liga Perdana Inggeris dengan lima mata di belakang pendahulu Arsenal yang telah bermain dua lagi perlawanan.
Sabitzer mengakui sukar untuk mendahului Gunners dan Manchester City yang menduduki tempat kedua dalam perebutan kejuaraan.
“Ia sukar, kami agak ketinggalan di belakang mereka. Tetapi kami teruskan, melakukan tugas kami, bersedia dan kita akan lihat hasilnya,” kata Sabitzer mengakhiri ucapannnya.
Sumber: Daily Mail