Siakap Keli

Pembaharuan Lesen LYNAS – Tiada Lagi Sisa Radioaktif Boleh Dihasilkan Oleh LYNAS Di Malaysia

Kuala Lumpur, 15 Feb 2022 – Tiada lagi sisa radioaktif tambahan daripada Lynas selepas bulan Julai 2023, ujar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang dalam satu kenyataannya semalam.

Hal ini susulan penolakan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Lembaga) atas permohonan Lynas untuk menggugurkan syarat lesen LPTA/A/1333 berkaitan pengurusan residu Water Leach Purification (WLP) dan aktiviti cracking and leaching (C&L) di Lynas Advanced Materials Plant (LAMP). Selain itu, permohonan untuk aktiviti pengimportan pekatan lantanid daripada Australia turut ditolak 13 Februari lalu.

Ujarnya, Lynas telah mengemukakan permintaan tersebut kepada Jabatan Tenaga Atom (JTA) dan YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 17 Mei 2022 lalu selain memohon pembaharuan lesen yang akan tamat 2 Mac 2023.

Bagaimanapun jelasnya, permohonan pembaharuan lesen tersebut telah diluluskan selama tiga tahun bermula 3 Mac 2023 sehingga 2 Mac 2026.

“Justeru, semua syarat lesen yang telah diputuskan sebelum ini pada 3 Mac 2020 hingga 2 Mac 2023 perlu terus dipatuhi oleh Lynas,” tambah beliau.

“Sejak beroperasi di Malaysia pada tahun 2012, Lynas telah menghasilkan kira-kira 1.08 juta metrik tan sisa radioaktif (residu WLP). Jumlah sisa ini dijangka akan mencecah 1.2 juta metrik tan sehingga Julai 2023. Kerajaan Perpaduan komited dalam mewujudkan persekitaran mesra perniagaan dan memahami kepentingan industri nadir bumi. Walau bagaimanapun, tidak ada mana-mana pihak yang berhak untuk menghasilkan sisa radioaktif secara berterusan di tanahair kita,” tambahnya.

Tegas beliau, dengan lanjutan lesen selama 3 tahun, Lynas perlu mematuhi syarat yang telah dikenakan sejak Mac 2020 supaya aktiviti C&L yang menghasilkan sisa radioaktif akan dijalankan di Australia serta tiada aktiviti C&L dilakukan di LAMP di Gebeng, Pahang selepas bulan Julai 2023.

“Aktiviti-aktiviti lain yang tidak melibatkan penghasilan sisa radioaktif dibenarkan untuk terus beroperasi,” ujarnya.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.