Siakap Keli
Tips Cari Kerja
Kredit: Forbes

10 Tips Kena Tahu, Panduan Untuk Cari Kerja

10 Tips Kena Tahu, Panduan Untuk Cari Kerja

Hari ini, mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki kelihatan agak sukar. Antara faktornya kerana situasi semasa ekonomi dan saingan untuk mengisi kekosongan jawapan yang sengit.

Walaupun berbekalkan diploma atau ijazah, peluang untuk memperoleh pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan kelihatan semakin sukar.

Situasi itu menyebabkan beberapa graduan dan siswazah menganggur selepas graduasi. Malah, ada yang terpaksa menceburi pekerjaan yang tiada kena mengena dengan bidang pengajian mereka. Ada juga yang mengejar kerjaya berbeza kerana faktor gaji dan imbuhan yang lebih lumayan.

Oleh itu, jom ikuti perkongsian seorang pemuda @simonmalik_ di media sosial Twitternya yang berkongsi 10 tips yang anda boleh anda ketika mencari pekerjaan.

Menurutnya, berbekal tips-tips tersebut, dia berjaya mendapat pekerjaan dalam empat industri berbeza biarpun menuntut dalam bidang Geologi di universiti.

Tips cari kerja anda kena tahu

 

Bina Pengalaman

Pada waktu cuti, cuba cari pengalaman seperti menjadi penghantar makanan, bekerja separuh masa atau membantu ibubapa anda berniaga.

Dalam tempoh ini, anda juga boleh menetapkan misi tertentu, misalnya ingin mengumpul wang sebanyak RM 500 atau menjual 10 balang air.

Rekod pengalaman kerja

Ia adalah salah satu cara untuk anda menyusun pengalaman kerja dalam resume atau cv anda. Dengan merekodkan segala pengalaman anda, terutamanya dalam bidang pekerjaan yang tiada kontrak bertulis, anda tidak akan berdepan untuk menghasilkan resume atau cv yang baik suatu hari nanti.

Jelas dengan apa yang hendak di capai

Pastikan apa yang hendak dicapai ketika bekerja, misalnya terlibat dalam projek mini atau projek akhir tahun adalah jelas. Selain itu, anda juga perlu jelas dengan sebarang halangan yang ditempuhi dalam tempoh berkenaan dan apa yang anda belajar daripada perkara tersebut.

Maka, ia akan menjadi ‘peluru’ untuk anda menyokong hujah dalam sesi temuduga kerja nanti.

Latar belakang syarikat

Seterusnya, anda perlu mempelajari latar belakang syarikat dimana anda memohon kerja. Budaya kerja, visi dan misi syarikat tersebut perlu dikajai supaya anda tahu apa yang dimahukan oleh syarikat dan lebih bersedia ketika disoal jawab nanti.

Curriculum vitae (CV)

Curriculum vitae (CV) anda perlu mempunyai ayat yang jelas untuk dibaca dan difahami agar pihak syarikat jelas tujuan anda menghantar CV kepada mereka.

Surat iringan atau Cover Letter

Sesetengah individu mesti tertanya-tanya perlu ke surat iringan? Menurut beliau ia sangat digalakkan kerana memudahkan untuk anda bertanya kepada HR tentang peluang pekerjaan di syarikat mereka.

Tidak berputus asa

Jangan cepat berputus asa dan berpuas hati walaupun anda telah memohon dengan 10 syarikat. Ini kerana ada kemungkinan yang menjawab hanya 2 atau 3 syarikat sahaja. Oleh itu, anda boleh mengambil jalan lain dengan menghantar resume anda dengan menggunakan AI yang mampu mempadankan pekerjaan yang sesuai dengan resume anda.

Berkeyakinan ketika temuduga

Keyakinan adalah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa anda seseorang yang berpengetahuan luas dan bersedia dengan segala soalan yang dikemukakan.

Jawapan Killer

Jawab ‘tell me about yourself’ seperti anda sedang pitching idea.

Kekal berhubung

Akhir sekali, walaupun pemohonan anda di tolak tetapi ia tidak bermaksud anda memutuskan hubungan dengan pihak HR syarikat tersebut atau dengan calon-calon yang lain. Selain itu, perhubungan dengan rakan-rakan universiti juga harus dikekalkan kerana kemungkinan mereka akan membantu anda mendapatkan pekerjaan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda untuk mencari pekerjaan atau berusaha untuk mencari pekerjaa yang bersesuaian dengan kelulusan anda.

BACA: Lebih 36,100 Terbunuh Sejak Gempa Bumi Kuat Melanda Turkiye

Sumber: @simonmalik_ via Twitter

Shafikah