Siakap Keli
Lelaki Tikam Leher Teman Wanitanya
Kredit: The Pattaya News

Tikam Teman Wanita Sebab Cemburu

Tikam Teman Wanita Sebab Cemburu

Akibat cemburu buta, seorang lelaki bertindak menikam leher teman wanitanya menggunakan gunting selepas mendapat tahu dia menghantar mesej kepada lelaki lain dalam kejadian yang berlaku di Nong Prue daerah Bang Lamung, Thailand.

Insiden mengerikan itu disaksikan sendiri oleh anak lelaki mereka, 14 tahun menyebabkan dia bergegas keluar rumah untuk meminta bantuan polis. Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian dia mendapati bahawa ibunya sudah cedera dengan berlumuran darah.

Susulan mendapat laporan, pihak polis dan penyelamat dikatakan bergegas ke pangsapuri pasangan itu untuk menyelamatkan mangsa. Namun, mangsa yang berusia 36 tahun dilihat sudah cedera dengan kesan tikaman di leher berhampiran telinga kanannya.

Lelaki Tikam Leher Teman Wanitanya
Kredit: The Pattaya News

Malah, pasukan polis turut menemui kesan-kesan darah dan bukti-bukti pergelutan berlaku di pangsapuri itu. Disebabkan itu, pihak polis bertindak untuk menahan suspek (teman lelaki) yang dilapor tidak mengalami sebarang kecederaan ketika pergelutan itu berlaku.

Menurut keterangan seorang pihak polis, suspek dipercayai menjadi marah selepas tahu bahawa mangsa bermesej dengan lelaki lain lalu menusuknya dengan gunting.

Bagaimanapun, suspek mendakwa pada mulanya dia hanya berniat untuk menakutkan mangsa tetapi secara tidak sengaja menikamnya semasa pergelutan berlaku. Suspek dikatakan kekal dalam tahanan pihak polis dan kini menghadapi prosiding undang-undang.

Lelaki Tikam Leher Teman Wanitanya
Kredit: The Pattaya News

Melihat kepada kes-kes lain yang berlaku di Thailand sekitar tahun lalu,  ada kes melaporkan bahawa seorang lelaki yang mabuk bertindak untuk mencekik isterinya sehingga meninggal dunia.

Malah, suspek juga dikatakan telah tidur di sebelah mayat isterinya pada malam Selasa dalam kejadian yang berlaku di wilayah Udon Thani di timur laut, Thailand.

Seterusnya, kejadian malang yang menimpa pasangan di wilayah Prachin Buri apabila si suami yang mempunyai masalah kesihatan mental bertindak untuk menembak isterinya akibat cemburu.

Hal ini kerana si suami telah mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dan telah membunuhnya pada 11 Disember tahun lalu.

Sementara pada 5 Disember tahun lalu juga, ada satu kes yang mengatakan seorang suami bertindak mencekik isterinya sehingga mati selepas dia mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit denan tukang pendingain hawa.

Sumber: The Thaiger

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.