Siakap Keli

Quan’s Bazar Selera Oleh Quan’s Kitchen, Bufet Ramadan Sentuhan Khas Chef Naem

Menjelang ketibaan Bulan Suci, bulan Ramadan, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown dengan sukacitanya membawakan tawaran istimewa, buffet Ramadan kepada semua pelanggannya.

Quan’s Bazar Selera oleh Quan’s Kitchen

Quan’s Kitchen mengumumkan kerjasama dengan chef selebriti, Naem Ramli dalam menawarkan pengalaman santapan yang unik sempena Bulan Suci umat Islam itu. Buffet Quan’s Bazar Selera akan menghidangkan juadah khas Melayu sentuhan Chef Naem Ramli yang diinspirasikan daripada Chinatown, termasuklah hidangan seperti Ikan Botok-Botok, Asam Rebus Daging Panggang, Udang Rendang Hijau, dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan pembaca semua, Chef Naem merupakan hos TV dan chef selebriti yang terkenal. Sebelum ini, beliau muncul sebagai Juara Hero Oven, iaitu rancangan realiti memasak di sebuah stesen televisyen pada tahun 2016. Gaya masakannya dikenali kerana citarasa yang unik dan perincian yang teliti.

Hari ini, Chef Naem merupakan antara nama yang sedang mendaki populariti dalam arena masakan di Malaysia.

Harga berpatutan untuk semua pelanggan

Buffet Quan’s Bazar Selera akan beroperasi setiap hari bermula 23 Mac hingga 21 April 2023, dari pukul 6:30 petang hingga 10:30 malam.

Dengan harga RM148+ untuk setiap pelanggan dewasa, bufet tersebut akan menawarkan pelbagai hidangan yang memikat selera, termasuklah menu signature Chef Naem.

Bagi mereka yang membuat tempahan sebelum 22 Mac, terdapat harga istimewa eksklusif iaitu RM118+ untuk setiap pelanggan dewasa.

Manakala kanak-kanak di bawah umur 6 tahun boleh menikmati bufet secara percuma. Kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas pula akan menikmati diskaun 50%. Tawaran ini tidak sah dengan diskaun atau promosi yang lain.

Takeaway set juga disediakan

Quan’s Kitchen juga menyediakan perkhidmatan takeaway set kepada pelanggan yang berhajat berbuat demikian. Pilihan menu takeaway set boleh didapati pada harga RM168+ untuk 2 orang.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila lawati www.quanskitchenkl.com, WhatsApp +60125073327, atau e-mel [email protected].

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.