Siakap Keli
amaran tamat waktu kerja
Gambar: Kritika Dubey / Tanvi Khandelwal

Syarikat Ini Papar Amaran Tamat Waktu Kerja

Syarikat Ini Papar Amaran Tamat Waktu Kerja

NEW DELHI — Sebuah Syarikat berasaskan Teknologi Maklumat (IT) yang berpangkalan di Madhya Pradesh memaparkan amaran kepada pekerjanya bagi mengelakkan mereka bekerja lebih waktu.

Memetik Hindustan Times, inisiatif itu dilakukan bagi membudayakan waktu bekerja yang seimbang dengan privasi kehidupan.

Kakitangan Sumber Manusia (HR), Tanvi Khandelwal turut berkongsikan budaya kerja syarikatnya itu menerusi platform LinkedIn.

Tambahan lagi, ia juga bagi mengingatkan pekerja untuk pulang ke rumah tepat selepas tamat waktu bekerja. Budaya #WorkLifeBalance ini turut disokong oleh majikan mereka.

“Ini bukan untuk mempromosi dan khayalan! Inilah kenyataan pejabat kami!! Komputer SoftGrid,” katanya.

Amaran tamat waktu kerja

Tanvi juga memuat naik satu imej skrin komputer yang tertera tulisan “Amaran!!! Syif anda telah tamat. Sistem pejabat akan ditutup dalam masa 10 minit. Sila pulang!”.

Difahamkan, pekerja juga tidak perlu menjawab panggilan dan e-mel di luar waktu bekerja. Hal ini kerana syarikat berkenaan percaya terhadap fleksibiliti terutamanya terhadap kesejahteraan pekerjanya dalam waktu bekerja.

BACA JUGA: Keluarga Temui Dua Ular Sawa Batik Di Atas Siling Rumah

“Bukankah ini hebat? Jadi saya fikir jika anda bekerja dalam budaya seperti ini. Anda tidak perlu sebarang motivasi Isnin atau Jumaat untuk meningkatkan mood anda.

”Inilah realiti di pejabat kami. Ya dalam era ini kami percaya bahawa waktu bekerja yang fleksibel dan persekitaran yang ceria,” katanya

Sejak dikongsikan di platform LinkedIn, hantaran itu telah mendapat lebih 380,000 reaksi dan lebih hampir 7,000 komen. Rata-rata pengguna memberikan pandangan berhubung budaya kerja itu.

Dalam pada itu, bercakap mengenai waktu bekerja, sesetengah negara telah mula mengubah polisi berhubung pengoperasian waktu bekerja dan cuti tertentu. Ia bagi memberikan kemudahan kepada para pekerja.

Malaysia juga tidak terkecuali, menerusi pindaan Akta Kerja 1955, ia membolehkan waktu bekerja biasa dikurangkan dari 48 jam kepada 45 jam, lapor Bernama.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata ia selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Tambahan lagi, pindaan itu bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja dengan memberikan fleksibiliti terhadap waktu bekerja mereka.

“Selain itu, pindaan ini juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel untuk bolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja termasuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik COVID-19,” katanya.

Ia sepatutnya berkuat kuasa pada 1 September 2022 tetapi telah ditangguhkan ke 1 Januari 2023 atas beberapa faktor.

Sumber: Hindustan Times

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.