Siakap Keli
harta karun keluarga perang dunia
Kredit: Pen News via Metro UK

Harta Karun Keluarga Ketika Perang Dunia Kedua Ditemui Selepas 80 Tahun

Harta Karun Keluarga Ketika Perang Dunia Kedua Ditemui Selepas 80 Tahun

Sebuah timbunan harta karun yang ditanam oleh anggota keluarga yang melarikan diri semasa Perang Dunia Kedua telah ditemui oleh anak lelaki mereka mengikut arahan peta.

Difahamkan keluarga Glazewski telah menanam harta karun (perak) dan melarikan diri dari kediaman mereka di timur Poland pada September 1939 berikutan negara itu diserang Rusia.

Hanya Adam, ketua keluarga yang berada di Poland bertindak untuk mengusir Rusia dari negara mereka sebelum campur tangan daripada pihak luar.

Berdepan dengan kehidupan di bawah pemerintahan Soviet, empat anak lelakinya dikatakan tidak pulang ke rumah mereka di Lviv yang pada hari ini merupakan sebahagian daripada Ukraine.

Harta Karun Ditemui Selepas 80 Tahun
Kredit: Pen News via Metro UK

Kini, 80 tahun kemudian, harta karun yang ditanam oleh Adam telah ditemui oleh cucunya, Glazewksi menggunakan peta harta karun yang dilukis oleh bapanya sendiri, Gustaw.

Sementara Jan Glazewksi, 69 berkata, “Ayah saya semakin tua dan saya mendesaknya dengan berkata, ‘tolong lukiskan saya peta suatu hari nanti, saya mungkin boleh pergi ke ladang untuk mencarinya.

Justeru, Gustaw dipercayai memberikan peta yang dilukis pada tahun 1989 yang turut disertai dengan beberapa arahan.

Tambah Glazewksi, ayat terakhir yang terdapat dalam peta tersebut mengarahkannya untuk mencari barangan perak dan senjata memburunya (datuk).

“Dan apabila saya membacanya, ia seperti arahan dan saya sangat terharu kerana saya memenuhi impiannya itu,” jelasnya.

Difahamkan, Gustaw telah menetap di Afrika Selatan selepas berjuang untuk sekutu dalam Perang Dunia Kedua dan meninggal dunia pada tahu 1991.

Harta Karun Ditemui Selepas 80 Tahun
Kredit: Pen News via Metro UK

Malah, Glazewksi dikatakan telah memulakan pencariannya sejak tahun 2019 yang disifatkan sebagai tugas yang tidak mustahil.

Glazewksi yang juga merupakan seorang pesara (profesor undang-undang alam sekitar) di Universiti Cape Town berkata, “Ia adalah jarum dalam timbunan jerami.”

“Pada peta ini dia (Adam) melukis di mana rumah asal yang telah dimusnahkan oleh Rusia dalam perang tersebut, namun kami berjaya menemui tapak terdahulunya.

“Tetapi kemudian terdapat garis putus-putus (dalam peta) yang dilihat merentasi ladang iaitu kira-kira 100 meter berjalan dan kemudian menuruni cerun bukit,” katanya.

Bagaimanapun, Glazewksi turut mengatakan bahawa kemungkinan harta tersebut telah diambil oleh orang lain dan menyifatkan tindakan mereka seperti mengejar angsa liar.

“Orang-orang yang bekerja di sana pasti sudah mendapatkan semua harta (perak) yang telah ditanam oleh datuknya,” jelasnya.

Harta Karun Ditemui Selepas 80 Tahun
Kredit: Pen News via Metro UK

Tidak disangka-sangka, tindakan mereka membuahkan hasil apabila dia dibantu oleh anak saudaranya, Layla dan dua pengesan logam yang berjaya mengenal pasti kedudukan harta karun tersebut.

“Saya sangat terharu,”katanya.

Melihat kepada penemuan itu, beberapa brang telah dibaluti dengan sempurna oleh ibu Glazewksi yang telah meninggal dunia ketika dia berusia tujuh tahun.

“Salah satu perkara yang kami keluarkan iailah kotak barang kemas dan di dalamnya terdapat pelbagai jenis perhiasan. Anak saudara saya berkata ‘ia mungkin dibaluti oelh itu kamu,'” jelasnya.

Sumber: Metro UK

Florence Nuar