Siakap Keli
Gambar: AFP

Individu Cergas Juga Berisiko Terkena Penyakit Jantung, Ini Sebabnya

Individu Cergas Juga Berisiko Terkena Penyakit Jantung, Ini Sebabnya

Seperti yang diketahui amalan gaya hidup sihat dapat membantu tubuh badan kita kekal sihat. Diet yang seimbang, bersenam dan pemakanan mengikut aturan piramid makanan juga dapat mengawal kesihatan diri.

Ia setidak-tidaknya dapat mengelakkan penyakit seperti obesiti dan penyakit kronik lain. Sebagai contoh, darah tinggi, kolestrol tinggi dalam badan, kencing manis (diabetes) dan tidak terkecuali penyakit jantung.

Namun, adakah ia menjamin kesihatan anda daripada terkena pelbagai penyakit? Tambahan lagi, pelbagai penyakit merbahaya sering menyerang golongan masyarakat hampir semua peringkat umur.

Sejak kebelakangan ini, trend penyakit jantung mula menjadi satu kebimbangan dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi, ia ibarat sudah tidak mengenal usia.

Pakar Perunding Kardiologi dan Elektrofisiologi di Hospital Pakar KPJ Selangor, Dr Ahmad Fazli Abdul Aziz turut menyatakan pandangannya sendiri berkaitan penyakit jantung ini.

“Saya khuatir kerana saya telah melihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penyakit jantung bukan lagi sinonim menyerang golongan tua, golongan yang tidak bersukan atau golongan yang mempunyai berat badan berlebihan.

“Kini serangan jantung boleh menyerang orang muda yang cergas dan sihat. Oleh itu kita mesti sentiasa berfikiran terbuka,” katanya.

Simpton-Simpton Penyakit Jantung

Gambar: KPJ Selangor

Menurut Dr Fazli, antara tanda awal penyakit kardiovaskular ini termasuklah keletihan melampau, kaki bengkak, pening, berpeluh dan loya.

Bagaimanapun, ramai pesakit menganggap tanda-tanda itu bukanlah apa-apa sebaliknya menganggap diri mereka semakin sihat. Namun, dari perspektif lain ia merupakan tanda awal masalah jantung.

BACA JUGA: Kenapa Kereta Sedan Tiada “Wiper” Belakang Macam Hatchback?

Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, penyakit jantung masih berada di tempat teratas sebagai pembunuh di Malaysia. Dianggarkan 1.7 juta rakyat negara hidup dengan punca penyakit utama seperti diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi.

Jelasnya lagi, ia merupakan punca kematian mengejut dalam kalangan rakyat dan kes ini meningkat saban tahun.

Faktor Penyakit Jantung

Faktor genetik dan amalan gaya hidup sihat  dalam keluarga juga antara punca timbulnya penyakit ini. Langkah berjaga-jaga atau lebih peka perlu diambil sekiranya salah seorang daripada mereka mempunyai latar belakang serangan jantung.

Antara inisiatif yang boleh diambil termasuklah melakukan ujian kesihatan dan langkah pencegahan.

Persoalannya adakah anda masih perlu melakukan senaman?

Sudah semestinya ya. Untuk mereka yang mahu meraih hidup yang sihat, tiada alasan harus diberikan. Lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai tanda-tanda penyakit.

Gambar: AFP

“Bagaimanapun, sihat dan cergas tidak bermakna anda terlepas daripada masalah jantung. Tidak dinafikan senaman bermanfaat untuk kesihatan jantung.

“Namun, senaman berlebihan atau melebihi batas berisiko untuk mengundang jantung yang kurang baik. Setiap ubat adalah racun jika diberikan pada waktu dan dos yang salah, begitu juga dengan senaman,” kata Dr Fazli lagi.

BACA JUGA: Maksud Malaysia Madani, Slogan Baharu Negara Malaysia

Tambahan lagi, senaman juga boleh mencetuskan serangan jantung dalam keadaan tertentu. Hal ini kerana penyakit ini tidak boleh dikesan dan menjadikan ia sangat merbahaya.

Sehubungan itu, senaman berat perlu dinilai pada diri sendiri terlebih dahulu sebelum melakukannya.

Cergas Tidak Bermakna Sihat

Seperti yang diketahui, masalah berat badan atau obesiti menjadi topik hangat dalam perbincangan. Penyakit ini dikatakan ‘ibu’ kepada pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

“Apabila ia datang kepada penyakit kardiovaskular, bahagian luaran tidak selalunya sepadan dengan dalaman. Pemakanan yang sihat adalah penting.

“Tetapi, tidak semua orang yang berlebihan berat badan mempunyai masalah jantung dan kolesterol tinggi serta masalah kesihatan. Dan bukan semua yang nampak kurus dan cergas zahirnya mempunyai jantung yang sihat,” katanya lagi.

penyakit jantung
Gambar: Nhac Nguyen / AFP

Lakukan Pemeriksaan Awal & Kerap

Pemeriksaan awal amatlah penting dalam mengenalpasti keadaan semasa jantung anda. Tambahan lagi, penyakit ini kadangkala dikesan pada tahap yang serius.

Oleh itu, bersenam tanpa sebarang pengetahuan adalah sangat berisiko.

Ketidakselesaan dada, rahang leher, lengan, sesak nafas, pening dan loya merupakan simptom penyakit ini sama seperti di atas.  Sekiranya masalah ini telah berlaku, ia menunjukkan jantung anda telah mengalami kerosakan.

Dalam kes tertentu, penyakit ini tidak dapat dikesan pada peringkat awal. Hal ini disebabkan pesakit menghidap masalah seperti diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi.

BACA JUGA: Dari 89kg ke 57kg , Wanita Kongsi Amalan Diet Sihat, Kini Tampil Lebih Bergaya

Ia hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan awal. Ujian ini bagi membantu pesakit mendapat rawatan yang sepatutnya sebelum lebih serius.

Antara ujian biasa yang digunakan dalam pemeriksaan awal termasuklah ECG, ekokardiogram, ujian tekanan dan imbasan CT.

Setiap individu digalakkan untuk melakukan pemeriksaan sebanyak sekali atau dua kali dalam setahun khususnya bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas atau golongan berisiko (berumur 30 -an), maklum Dr Fazli.

“Saya mencadangkan semua orang untuk melakukan pemeriksaan kesihtan secara berkala. Ia bagi mengetahui apa yang berlaku di dalam badan anda, biarkan kami memberi nasihat dan pemantauan yang sewajarnya,” katanya.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mewujudkan satu komuniti yang sihat dan bebas penyakit merbahaya termasuk penyakit jantung.

Sumber: KPJ Selangor

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.