Siakap Keli

Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah Dan Cabaran “Beli & Menang” RM1.1 Juta Di KK Super Mart

KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam  Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus komited untuk memastikan  seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan  peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak  menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong  usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini  untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran  tambahan atau nilai tambah kepada pengguna. 

Di bawah inisiatif Payung RAHMAH yang diterajui oleh KPDN,  pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang  berpatutan, disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang  ditawarkan oleh peniaga. Payung RAHMAH adalah manifestasi  keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia,  khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan  strategik yang terlibat.

Majlis Pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH dan Cabaran “Beli &  Menang” RM1.1juta di KK Super Mart seluruh Malaysia ini telah  disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin bin Ayub,  Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup pada 22  Februari 2023 (Rabu), jam 2.30 petang dan turut dihadiri Yang Berhormat 

Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan  Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, YBhg Datuk Azman bin Mohd Yusof,  Ketua Setiausaha KPDN dan barisan pegawai-pegawai kanan KPDN serta  semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Pelaksanaan inisiatif Payung RAHMAH di KK Super Mart dimulakan  dengan aktiviti Jualan RAHMAH yang merangkumi produk makanan sedia  dimakan (ready to eat) dan barangan basah hasil laut secara sejuk-beku  yang dilaksanakan pada setiap bulan mulai bulan Februari 2023. Jualan  RAHMAH di KK Super Mart ini akan dikembangkan kepada inisiatif lain yang  bersesuaian dari semasa ke semasa seperti Bakul RAHMAH, Pakej  RAHMAH dan Menu RAHMAH, sebagai tanda sokongan pihak pengurusan  KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. ke atas inisiatif menangani kos sara  hidup yang sedang diterajui oleh KPDN.

KPDN turut melihat usaha dan promosi pihak pengurusan KK  Supermart & Superstore Sdn. Bhd. melaksanakan Cabaran “Beli & Menang”  RM1.1juta pada tempoh 1 Januari hingga 31 Mei 2023 ini sebagai satu  galakan berbelanja kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu di  KK Super Mart. Program ini melibatkan penyertaan tanpa had dari kalangan  warganegara Malaysia dan penduduk tetap di Malaysia yang berumur 18  tahun dan ke atas, yang membuat pembelian minimum RM23 di mana- mana 680 premis KK Super Mart dan seterusnya berpeluang untuk  memenangi pelbagai hadiah dalam bentuk wang tunai, kenderaan  persendirian, dan pelbagai barangan elektrik, elektronik dan perabot dengan  nilai keseluruhan sehingga RM1.1juta.

KPDN amat berharap agar usaha sinergi pelaksanaan inisiatif Payung  RAHMAH yang selari dengan galakan berbelanja melalui program Cabaran  “Beli & Menang” RM1.1juta ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia,  khususnya semua pelanggan KK Super Mart untuk mendapatkan barangan  dengan harga yang murah dan berpatutan, seterusnya berpeluang merebut  pelbagai jenis hadiah yang ditawarkan. 

 

YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB,  

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI 2023

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.