Siakap Keli
adik zarif peluk jururawat
Gambar: Mahiza Kassim

Seakan Tahu Akan ‘Pergi’, Adik Zarif Peluk & Cium Jururawat Buat Kali Terakhir Sebelum Meninggal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seakan Tahu Akan ‘Pergi’, Adik Zarif Peluk & Cium Jururawat Buat Kali Terakhir Sebelum Meninggal

Pemergian orang tersayang khususnya anggota keluarga adalah perkara yang sukar untuk dihadam dan dilupakan.

Tidak kira ibu bapa atau adik-beradik, setiap yang pergi pastinya memberi kesan yang mendalam. Ini kerana, mereka yang telah pergi merupakan insan istimewa yang pernah hadir dalam hidup kita.

Hari ini, satu rakaman video tular yang disiarkan di media sosial berjaya menyentuh hati kecil masyarakat sekali gus berasa sebak ketika menonton klip itu.

Seorang wanita bernama Mahiza Kassim  (telekung_anna) berkongsi satu klip video di Instagram yang memaparkan anaknya sedang memeluk kakitangan hospital.

Sekiranya dilihat dengan mata yang kasar, ia mungkin boleh dianggap sebagai situasi yang biasa.

Namun kisah benar di sebaliknya, rupanya ia adalah hari terakhir buat jururawat-jururawat di Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur dapat bersua wajah dengannya.

Tiada cara lain untuk merawatnya

Berdasarkan perkongsian Mahiza Kassim, difahamkan pihak hospital memaklumkan bahawa mereka sudah tidak ada cara lain untuk merawat anaknya itu.

Justeru, si cilik pesakit buah pinggang bernama Zarif Azri itu sedia bertentang mata, peluk dan cium para jururawat yang merawatnya buat kali terakhir.

Apa yang menyentuh hati, walaupun masih terlalu muda, Adik Zarif seakan-akan tahu bahawa perjalanannya di dunia ini bakal tiba di penghujungnya.

Maka dengan itu situasi pilu dia memeluk jururawat tersebut boleh dianggap bagaikan mahu mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada mereka buat selamanya.

Ayat yang diletakkan dalam video tersebut membuatkan ramai sedih kerana sembilan hari selepas itu, Adik Zarif dilaporkan meninggal dunia.

“Apabila doktor memberitahu kami bahawa pihak hospital tidak mempunyai cara untuk merawatnya, kami membawa Zarif pulang.

“Sembilan hari kemudian, dia telah pergi selama-lamanya. Mengucapkan selamat tinggal kepada jururawat bukan perkara yang mudah bagi kami dan mereka.

“Terima kasih jururawat yang dikasihi atas segala kasih sayang dan perhatian yang diberikan terhadap Zarif,” memetik kapsyen video tersebut.

BACA: Ngeri, Wanita ‘Hilang’ Separuh Buah Pinggang Selepas Jalani Urutan ‘Buang Lemak’

Genap 1,000 hari Zarif pergi

Gambar: Tangkap layar video tular

Difahamkan video sebak itu dikongsi secara umum pada 10 Februari lalu, genap 1,000 hari pemergian anak kesayangannya di dunia ini.

Menurut Mahiza Kassim, video itu ditujukan khas kepada jururawat am, jururawat dialisis KK1 IPHKL dan wad Dialisis Peads 9C kerana menjaga Zarif semasa dia hidup.

“Betapa masa berlalu begitu sahaja tanpa disedari, hari ini (10 Februari) genap 1,000 hari Zarif meninggalkan kami.

“Walaupun semuanya masih segar dan jelas di ingatan, ia akan menjadi kenangan yang kekal bersama kami buat selamanya,” memetik kapsyen itu.

Difahamkan, Zarif memulakan dialisis pertama pada tahun 2018, di mana dia perlu untuk ke hospital tiga kali seminggu.

Zarif dilahirkan pada 2007 dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Mei 2020.

“Dia kalah dengan penyakitnya di dunia tetapi dia memenangi tempat di syurga,” kata Mahiza Kassim.

Sumber: telekung_anna via Instagram

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana