Siakap Keli
remaja tiktok tak puas hati spm sejarah hina singapura
Kredit: Bernama

Polis Tahan Pelajar Tak Puas Hati Dengan Soalan Sejarah SPM

Polis Tahan Pelajar Tak Puas Hati Dengan Soalan Sejarah SPM

Pihak polis di telah mengesan video tular di platform media sosial TikTok dan Facebook yang menampilkan kandungan kontroversional mengenai kertas SPM Sejarah baru-baru ini. Kejadian berkenaan disahkan berlaku di Hulu Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan pada 24 Februari lepas. Laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Batang Kali, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.

Pengadu yang bekerja sebagai seorang guru dalam laporannya menyatakan telah menerima video TikTok berkenaan semasa berada di rumahnya, pada 23 Februari lepas.

Tak puas hati dengan kertas sejarah SPM

Video TikTok berkenaan memaparkan seorang pelajar lelaki memakai baju sekolah meluahkan rasa tidak puas hati dengan soalan peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sejarah.

Selain itu, pelajar berkenaan turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penggubal kertas soalan tersebut dan menghina negara Singapura.

Pihak polis bergegas ke rumah suspek selepas menerima laporan

Suffian berkata, pihak polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hulu Selangor telah membuat tindakan pantas dengan menyerbu rumah suspek.

Hasil serbuan tersebut telah berjaya menahan dua orang remaja, dipercayai calon SPM untuk sesi 2022.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hulu Selangor, telah melakukan serbuan di rumah suspek dan telah berjaya menangkap dua remaja lelaki warga tempatan serta merampas barang kes dari serbuan tersebut.”

Kedua-dua suspek telah menjalani ujian air kencing dan keputusan adalah negatif. Mereka juga tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan penahanan tersebut merupakan prosedur siasatan biasa, katanya.

Selain daripada penahanan kedua-dua suspek, pihak polis turut merampas sebuah telefon pintar jenama iPhone 11. Peranti tersebut dipercayai digunakan untuk menghasilkan dan memuat naik video terbabit.

Kes video tular berkenan akan disiasat dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Tambah Suffian, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.

https://www.facebook.com/PolisDaerahHuluSelangor/posts/pfbid0223ptpyPExjKJtzfmWvirLHJAwFjzKNieKWHcjcDTKr8vzENkKtahcyjHbhdGSQzRl

Beliau turut menasihati orang ramai untuk tidak menyebarkan video-video yang mampu memberikan impak negatif kepada masyarakat sejagat.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya menghentikan sebarang penyebaran video yang boleh menggusar serta mengelirukan masyarakat sehingga mencetuskan perbalahan,”

BACA: Cara Set “Keyless Entry” Proton Saga, Buka Pintu Pemandu Je

Sumber: Polis Daerah Hulu Selangor via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.