Siakap Keli

Inisiatif Bakul Rahmah Membantu Golongan Yang Memerlukan

KUALA LUMPUR, 27 FEBRUARI 2023 – KPDN telah melancarkan inisiatif  Bakul RAHMAH melalui Program Payung RAHMAH yang telah  diperkenalkan oleh Kementerian pada awal tahun ini bagi membantu  kumpulan miskin tegar B10 (pendapatan kurang daripada RM2,500) dan  mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan ini.  Kementerian akan menggerakkan inisiatif Bakul RAHMAH ini dengan  kerjasama bersama Rakan Strategik, Pemain Industri (pasar raya) agensi  Kerajaan, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sebagainya.

2. KPDN amat berbesar hati untuk menerima sumbangan berbentuk  makanan harian daripada semua pihak untuk diagihkan kepada golongan  berpendapatan rendah dengan lebih berkesan, konsisten dan bersasar.  Baru-baru ini, KPDN telah menerima sumbangan berbentuk makanan asas  daripada Yayasan Global Mesra (YGM) sebanyak 2000 kotak sumbangan,  satu kotak sumbangan bernilai RM100.00. YGM berhasrat untuk  mengagihkan bantuan ini kepada empat (4) kawasan yang telah dikenalpasti  iaitu di negeri Kedah dan Perak.

3. Inisiatif Bakul RAHMAH ini juga akan dilaksanakan secara  berperingkat di seluruh negara dan dijangka akan memberikan manfaat  kepada 37,373 Ketua Isi Rumah (KIR) kumpulan miskin tegar dan  golongan sasar secara bulanan.

4. Kementerian berhadap lebih ramai pihak industri , pertubuhan badan  bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan dapat bersama  Kementerian dalam menjayakan inisiatif Bakul RAHMAH ini. 

5. Kementerian turut memperkenalkan empat (4) inisiatif di bawah  Program Payung RAHMAH iaitu Jualan Rahmah, Pakej Rahmah, Kafe  Rahmah dan Menu Rahmah. Setiap inisiatif ini adalah signifikan dan selari  dengan konsep Malaysia Madani yang telah diumumkan oleh YAB Perdana  Menteri. Misalnya, inisiatif Bakul Rahmah akan memanfaatkan seramai 124,  578 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar tanpa mengira kaum, bangsa  dan agama yang telah dikenalpasti selaras dengan konsep Madani yang  mengutamakan kesejahteraan kepada rakyat dengan elemen kasih sayang  dan kebajikan tanpa diskriminasi.

6. Kementerian mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang  giat aktif membantu melaksanakan Kementerian dalam membantu golongan  sasar. KPDN juga amat mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat,  organisasi-organisasi dan orang perseorangan sebagai sebahagian dari  tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan yang  memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan  banjir.

7. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang  ramai boleh menghubungi Sekretariat Program Food Bank Malaysia di  talian hotline 03-88825860/6960 atau melalui emel kepada  [email protected]

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.