Siakap Keli
kepala abby choi
Kredit: The Strait Times

Kepala Abby Choi Ditemui Dalam Periuk Sup

Kepala Dipercayai Milik Abby Choi Ditemui Dalam Periuk Sup

Polis menemui satu kepala dipercayai milik model dan influencer terkenal Hong Kong, Abby Choi dalam salah satu daripada dua periuk besar yang mengandungi sup dan mayat manusia.

Lapor The Straits Times, difahamkan periuk itu ditemui dalam sebuah rumah di daerah Tai Po luar bandar Hong Kong, iaitu lokasi dipercayai tempat mangsa disembelih.

Pihak polis mengesahkan mereka menemui kepala dan tulang rusuk tersebut di dalam salah satu daripada dua periuk besar yang diambil di lokasi kejadian pada Jumaat.

Sebelum ini, periuk-periuk itu dibawa ke rumah mayat pada Sabtu. Ia bertujuan untuk pakar forensik melakukan siasatan terhadap kandungan yang ada di dalamnya.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh pakar forensik mendapati kepala dan tulang rusuk itu dipercayai milik Choi.

Namun, polis memaklumkan mereka perlu melakukan ujian DNA bagi mengesahkan bahawa kepala dan rusuk itu benar-benar milik influencer Hong Kong terbabit.

Periuk diisi hampir penuh dengan ‘daging cincang’

Difahamkan, kedua-dua periuk itu diisi (hampir penuh) dengan sup dan daging cincang yang dipercayai merupakan sisa daging manusia.

Selain itu, terdapat juga lobak merah dan hijau yang turut dimasukkan ke dalam ‘adunan’ kuah sup berkenaan.

Ketika ini, polis masih meneruskan usaha untuk mencari bahagian-bahagian yang masih hilang, termasuk tangan dan tubuhnya yang lain.

Selain daripada penemuan dalam periuk, polis juga menemukan kaki wanita yang berusia 28 tahun itu di dalam peti sejuk yang ditemui di rumah Tai Po.

Alat penghiris daging, gergaji elektrik, tukul, pelindung muka dan baju hujan hitam turut ditemui di tempat kejadian.

BACA: Empat Suspek Ditahan Selepas Mayat Model Abby Choi Yang Dipotong-potong Ditemui

Lima suspek ditangkap didakwa terlibat pembunuhan Choi

Terdahulu, bekas suami Choi yang berusia 28 tahun telah ditangkap pada Sabtu di jeti Tung Chung di Pulau Lantau ketika dia cuba melarikan diri.

Semasa penangkapan, polis menemui sejumlah wang tunai dan jam tangan mewah bernilai RM3,400.

Yang terlibat sama, bapa dan abangnya juga ditahan atas tuduhan membunuh. Manakala ibunya yang berusia 63 tahun turut didakwa dan ditahan.

Mereka ditetapkan untuk hadir ke mahkamah pada Isnin.

Sementara itu, seorang lagi suspek, kekasih bekas bapa mentua Choi, telah ditahan menjadikan jumlah keseluruhan suspek kepada lima orang.

Media melaporkan kehilangan Choi pada Selasa dan kali terakhir beliau dilihat adalah di daerah Tai Po. Daerah yang sama mayatnya ditemui, kata polis.

Sumber: The Straits Times

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana