Siakap Keli

Kemunculan Unicorn Punca Orang Ramai Berkumpul Di Coolblog MyTown!

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2023 – Jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios, Coolblog mengesahkan bahawa ramai yang telah berhimpun dan beratur panjang di cawangan Coolblog Mytown berikutan video Anidajaafar yang tular baru-baru ini yang menampilkan seekor unicorn di outlet tersebut. 

Sebagai penjelasan lanjut, unicorn yang terlihat adalah hasil daripada penggunaan teknologi Realiti Berperantara (AR) yang boleh diakses melalui pengimbasan kod QR di mana-mana outlet Coolblog sempena pelancaran baharu siri Magical Unicool jenama tersebut.

Siri Magical Unicool yang diperkenalkan khas oleh Coolblog diilhamkan daripada unicorn yang melambangkan dunia fantasi dan kisah dongeng. Minuman terbaru ini terdiri dari tiga pilihan yang menarik dan menyegarkan iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle, dan Unicool Twinkle yang dilengkapi dengan mini marshmallow Fluffy Cloud Bits dihasilkan untuk menceriakan hari-hari pelanggan Coolblog.

Melalui inisiatif ini, selain meningkatkan mood pelanggan yang melangkah masuk ke kedai mereka, Coolblog juga ingin menggandakan pengalaman magis para pelanggan dengan menyediakan promosi masa terhad di mana mereka hanya perlu berkongsi gambar di media sosial dan tag Facebook dan Instagram Coolblog untuk menikmati voucher minuman percuma*. 

Pihak Coolblog meluahkan perasaan teruja melihat sambutan rakyat Malaysia terhadap inisiatif Unicorn AR ini dan bersedia untuk memberikan tawaran dan pengalaman yang lebih menarik di masa akan datang!

*Tertakluk pada terma dan syarat

Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog dan promosi mereka, sila layari: 

Website: https://www.coolblog.com.my/ 

Facebook: Coolblog.my

Instagram: CoolblogMalaysia

TikTok: coolblogmalaysia

Twitter: CoolblogMY

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.