Nak Bina Rumah Di Tepi Pantai, Ini Pro & Cons Yang Anda Patut Tahu
Memang tidak dapat dinafikan, kebanyakan orang mempunyai impian untuk membina rumah atau duduk di tepi pantai dalam masa yang lama.
Bangun sahaja daripada tidur kita sudah dihidangkan dengan permandangan yang cantik, udara yang segar dan bunyi ombak yang memukul pantai.
Tambahan pula, kita boleh berjalan-jalan di sepanjang pantai sambil menanti matahari terbit atau terbenam.
Siapa yang tidak menginginkan keadaan sedemikian?
Hal ini dapat dibuktikan melalui banyak pembangunan yang terbina di sepanjang pantai. Misalnya, rumah, hotel, restoran dan sebagainya.
Malah, banyak syarikat yang sanggup melabur dengan jumlah yang banyak semata-mata untuk menikmati permandangan dan memperoleh ketenangan dalam diri.
Namun, hidup di tepi laut juga tidak semudah yang disangka. Banyak perkara yang perlu diketahui sebelum membuat keputusan untuk bermastautin di sana.
Justeru, di sini akan disertakan kebaikan dan keburukan yang patut anda fahami supaya anda bijak dalam membuat pilihan.
Kebaikan rumah tepi pantai
Permandangan yang menakjubkan
Salah satu manfaatnya ialah permandangan. Permandangan yang cantik dan tenang akan mampu membuat minda dan fikiran kita kembali menjadi tenang.
Justeru kita dapat lihat, jika seseorang sedang dilanda atau menghadapi masalah, mereka akan lebih suka meluangkan masa di pantai.

Udara yang segar
Selain daripada permandangan yang cantik, kita akan mampu menghirup udara yang segar.
Sudah diketahui bahawa kualiti udara di pinggir pantai adalah lebih baik, jadi dengan hanya membuka tingkap sahaja kita mampu menghirup udara yang segar, lebih-lebih lagi jika musim panas.
Kehidupan yang sihat
Hal ini dikatakan demikian kerana kita boleh meluangkan masa misalnya bermain dengan anak-anak. Malah, kita juga boleh menyertai aktiviti luar yang diadakan di pantai.
Walaupun anda bukan seorang penggemar sukan, sekurang-kurangnya anda boleh menemani anak-anak anda membina istana pasir.
Nilai jualan balik yang tinggi
Mungkin ini adalah sebab utama mengapa orang cenderung untuk melabur rumah di tepi pantai.
Hal ini dikatakan demikian kerana nilai jualan balik rumah di tepi pantai akan jauh lebih tinggi daripada rumah yang dibina di tempat lain.
Malah, jika anda bijak dalam pengurusan wang, anda boleh membeli dan kemudian disewakan untuk orang lain.

Kekurangan rumah tepi pantai
Pasir akan memasuki rumah
Walaupun anda sudah membersihkan rumah banyak kali, misalnya mengemop, menyedut habuk atau mengelap perabot rumah, namun pasir akan tetap ada dalam rumah anda.
Perkara ini akan menjadi masalah kerana anda terpaksa membersihnya berulang kali dalam sehari tambahan lagi apabila angin yang kuat di tepi pantai.
Terdapat banyak pelancong
Seperti yang kita tahu, pantai merupakan salah satu tempat tarikan pelancong. Justeru, tidak hairan jika kawasan pantai akan dipenuhi orang ramai jika musim panas tiba.
Dalam masa yang sama, kesesakan akan berlaku sekiranya banyak orang yang ingin meluangkan masa di pantai lebih-lebih lagi ada waktu petang ataupun hujung minggu.
Kos penyelenggaraan yang tinggi
Kelembapan persekitaran dan digabungkan dengan air laut yang masin akan menyebabkan hakisan yang berlaku pada luaran mahupun dalaman rumah.
Oleh itu, rumah di tepi pantai akan memerlukan lebih banyak penyelenggaraan berbanding rumah di kawasan lain.
Misalnya, dari aspek dinding rumah yang perlu dicat sekurang-kurangnya setiap bulan dan peralatan elektronik serta perabot yang perlu dilap dengan kerap untuk mengelakkan kerosakan.
Cuaca yang tidak dapat diramal
Keadaan ini boleh dikatakan berbahaya kepada sesiapa yang tinggal berhampiran pantai.
Hal ini kerana kita tidak tahu keadaan cuaca yang sebenarnya walaupun sudah dikaji oleh pihak meteorlogi. Namun, kesudahannya ada yang berlaku lebih daripada yang dijangka.

Justeru, dengan adanya pendedahan sedemikian, anda akan mampu meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan pembelian hartanah atau membuat pelaburan di sekitar pantai.
Sumber: Zameenblog