Mohamed Salah Sedia Keluar Dari Liverpool Kalau Gagal Ke UCL
Mohamed Salah dilaporkan bersedia untuk meninggalkan Liverpool sekiranya pasukan di bawah kendalian Jurgen Klopp itu gagal layak ke Liga Juara-Juara (UCL), lapor Football365.
Pemain posisi sayap itu jauh ‘berbeza’ daripada prestasi terbaiknya musim ini setelah hanya menjaringkan lapan gol dalam 23 perlawanan Liga Perdana (EPL).
Salah telah menandatangani pelanjutan kontrak pada musim panas lalu dan namun dipercayai gagal membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya oleh kelab tersebut.
Memetik Football365, ia adalah musim yang sangat sukar untuk Liverpool tanpa bekas pemainnya, Sadio Mane di barisan hadapan mereka.
Tambahan pula, Klopp sangat tidak bernasib baik dengan kecederaan pemainnya, Ibrahima Konate yang tidak dapat beraksi dan Roberto Firmino dan Diogo Jota yang baru kembali.
Walaupun kecederaan yang dialami tidak begitu serius, namun The Reds telah jauh dari rentak sebenar mereka pada musim ini.

Kini, mereka menduduki tempah ketujuh dalam carta EPL, ketinggalan jauh sembilan mata di belakang Tottenham di tempat keempat.
Ekoran daripada itu, Liverpool dikatakan mahu menjual Salah pada penghujung musim, memetik laporan Fichajes.
Dalam pada itu, Klopp mahu membuat perubahan besar kepada skuadnya pada penghujung musim. Sekiranya mereka tidak layak ke UCL.
Ia boleh menjadi perubahan yang besar dengan nama-nama besar dalam kelab itu akan disingkirkan daripada kelab berkenaan.
Difahamkan bahawa Salah merupakan calon utama yang akan meninggalkan kelab tersebut dan dia sudah bersedia untuknya, maklum laporan itu.
Sedia keluar Liverpool, PSG berminat beli Mohamed Salah
Dalam pada itu, Football Insider melaporkan pada minggu lalu bahawa Paris Saint-German (PSG) berminat untuk menandatangani pemain warga Mesir berkenaan.
Fichajes mendakwa pembelian pemain itu berkemungkin akan menelan belanja sekitar 80 juta Euro (RM380 juta).
Liverpool terbuka menerima tawaran untuk Salah. Ini kerana mereka mempunyai penyerang lain yang berkebolehan untuk menggantikannya termasuk Cody Gakpo, Luis Diaz, Diogo Jota dan Darwin Nunez.
80 juta euro yang mereka boleh terima untuk bekas bintang Chelsea itu akan menjadi ‘kunci untuk menutup penggabungan’ Bellingham serta pemain lain yang berpotensi.
Salah mungkin agak ketinggalan pada musim kali ini. Tetapi ia adalah satu kejutan besar apabila dia dikaitkan dengan penyingkiran pemain dalam kelab Liverpool.
Sumber: Football365