Notis Penutupan Bekalan Elektrik Akibat Banjir Di Johor
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memberikan notis penutupan bekalan elektrik susulan kejadian banjir di beberapa kawasan terjejas di Johor.
Difahamkan, notis tersebut berkuat kuasa di kawasan terjejas berdekatan Muar dan Segamat, bermula 9.00 malam ini 1 Mac 2023).
Notis berkenaan dikeluarkan selepas banjir melanda beberapa kawasan berikutan hujan lebat yang turun sejak semalam. Tindakan menutup bekalan elektrik di beberapa pencawang elektrik itu demi memastikan keselamatan para pengguna terpelihara.
Berikut merupakan 28 kawasan yang terlibat dalam notis ini:
- Kampung Munaseh
- Taman Sentosa
- Taman Damai Jaya Chaah
- Taman Orkid Baru
- HR Labis EST Rhodes Club
- Johor Labis EST Blok 11-C
- Johor Labis Estate. Div 3
- Johor Labis Estate. Div 4
- Kampung Jawa Baru Chaah
- Kampung Kangkar
- Kilang Chaah Sawmill
- Kilang Chaah Labis Estate
- Pekan Chaah No 1 & 2
- Taman Sri Chaah
- Achi Jaya Plantation
- Sekolah Sri Bali Chaah
- Taman Chaah Baru
- Taman Chaah Utama
- Taman Industri Chaah
- Taman Soon Choon
- Station Kilang AJ OLEO-RE
- Kampung Jabi
- Kilang Lim Cheng Meng
- Kilang TLG Packaging
- Kebun Dusun
- Jabi Tambahan
- Kampung Bukit Tempurung
- Kampung Sebasu
Bagaimanapun, pihak TNB memberi jaminan bahawa pihaknya berusaha untuk memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan berkenaan dapat disalurkan secara berperingkat.
Sungguhpun begitu, usaha penyaluran bekalan elektrik berkenaan bergantung kepada akses dan keadaan setempat.
Pada masa yang sama, TNB turut memohon orang ramai untuk mengutamakan keselamatan ketika menghadapi bencana banjir ini.
Orang ramai turut diminta menghubungi TNB menerusi Facebook TNB CareLine atau menghubungi 15454, jika terdapat sebarang struktur TNB dalam keadaan yang berbahaya.
Akhir kenyataanya, TNB menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah ke PPS.
Korban banjir pertama di Johor
Baru-baru ini, seorang lelaki warga tempatan menjadi korban pertama banjir di Johor setelah ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Jalan GSA Chamek, Paloh tengahari ini.
Mangsa yang berusia 20-an tersebut dipercayai dibawa arus banjir ketika sedang memandu keretanya di lokasi kejadian dalam lingkungan 7.20 pagi tadi.
Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang kelapa sawit berhampiran.
Memetik Bernama, seramai 209 keluarga terjejas banjir di Segamat, 162 keluarga di Kluang, 131 keluarga di Johor Bahru dan 32 keluarga di Kota Tinggi telah dipindahkan ke PPS.
BACA: Pekan Chaah Lumpuh, Paras Air Banjir Meningkat
Sumber: TNB Careline