Siakap Keli
lafaz cerai tanpa pengesahan mahkamah
Gambar: Bernama

Tahukah Anda Lafaz Cerai Tanpa Pengesahan Mahkamah Boleh Didenda? Ini Penjelasan JAWI

Tahukah Anda Lafaz Cerai Tanpa Pengesahan Mahkamah Boleh Didenda? Ini Penjelasan JAWI

Perkahwinan merupakan satu penyatuan antara dua hati daripada bukan mahram kepada suami isteri. Ia merupakan satu lembaran baru bagi mereka yang bakal tinggal di bawah satu bumbung.

Namun, bukan mudah untuk mengekalkan status pertalian kerana hari-hari mendatang kita akan melalui fasa-fasa yang tidak terduga.

Jika ikatan yang dibina tidak kukuh, ia boleh membawa kepada proses penceraian. Perkara ini boleh terjadi daripada pelbagai faktor seperti tidak sehaluan dan pengaruh dari luar.

Lebih-lebih lagi dalam era serba canggih ini, lafaz cerai mudah ucapkan menerusi atas talian (teks di media sosial).

Untuk mereka yang bergelar isteri, tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan mereka sewaktu menerima perkhabaran itu. Tambahan lagi, penceraian merupakan jalan terakhir selepas hubungan yang dibina.

BACA JUGA: ”Paling Banyak Derita Di Mahkamah Isteri Yang Suri Rumah” – Peguam Syarie

Perkongsian JAWI mengenai isu lafaz cerai tanpa pengesahan mahkamah

Di Malaysia, proses penceraian mestilah mendapat pengesahan daripada mahkamah. Jika tidak, si suami boleh dijatuhi hukuman denda.

Menurut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), seorang suami boleh dijatuhi hukuman di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Seksyen 124 iaitu penceraian di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah.

“Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu. Maka dia adalah adalah melakukan suatu kesalahan.

“Dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara itu,” maklum JAWI.

Lafaz Cerai Di Luar Mahkamah

Jawab JAWI, seseorang suami tidak boleh terus melafazkan cerai di luar mahkamah.

“Seorang suami yang ingin menceraikan isterinya perlulah mendapat kebenaran daripada mahkamah terlebih dahulu sebelum sesuatu lafaz yang bermaksud untuk bercerai boleh dilakukan,” maklum kenyataan tersebut.

Apa Terjadi Sekiranya Suami Sudah Melafazkan Talak Kepada Isteri di Luar Mahkamah

Jelas JAWI lagi, sekiranya seorang suami melafazkan cerai terhadap isterinya sama ada secara lisan yang jelas (lafaz soreh) atau lafaz secara kiasan (lafaz kinayah).

Sebagai contoh, melalui SMS, aplikasi Whatsapp atau sebagainya, dilakukan di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah.

Maka suami atau isteri perlu membuat pengesahan lafaz cerai tersebut di mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum ianya boleh didaftarkan di pejabat agama.

Sehubungan itu, Jawi berpesan kepada para suami di luar sana sentiasa beringat. Dan jangan sesuka hati untuk melafazkan cerai.

“Ingat! jika tersalah langkah, anda akan menyesal kemudian hari,” jelas kenyataan itu lagi.

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.