Siakap Keli
moai ditemui selepas kemarau
Kredit: Shutterstock via New York Post

Patung Moai Ditemui Dalam Keadaan Teruk Selepas Kemarau

Patung Moai Ditemui Dalam Keadaan Teruk Selepas Kemarau

Sebuah ‘moai’ baharu ditemui di Pulau Easter berdekatan dasar kawah gunung berapi ekoran daripada kemarau teruk yang melanda kawasan itu.

Difahamkan, moai itu ditemui oleh sukarelawan dari tiga universiti di Chile yang sedang mengusahakan projek di sekitar situ.

Malah, mereka (sukarelawan) dikatakan sedang menjalankan tugas untuk memulihkan tanah paya di gunung berapi Rano Raruku.

Patung batu yang dikenali sebagai ‘moai’

Difahamkan, Pulau Pasifik yang terletak kira-kira 2,175 batu di barat pantai Chile terkenal dengan lebih daripada 900 patung batu yang dikenali sebagai ‘moai’.

Untuk pengetahuan, moai monolitik telah diukir daripada abu gunung berapi oleh orang Rapa Nui seawal abad ke-11.

Patung 'Moai' Ditemui Dalam Keadaan Teruk
Kredit: New York Post

Menurut pengarah komuniti Orang Asli Ma’u Henua, Ninoska Avareipua Huki Cuadros tasik moai ditemui telah kering sejak 2018.

“Perkara yang menarik ialah sekurang-kurangnya 200 atau 300 tahun yang lalu, tasik itu sedalam tiga meter bermakna tiada manusia boleh meninggalkan moai di sana pada masa itu,” kata Huki.

Berdasarkan Profesor Arkeologi (Universiti Arizona), Terry Hunt, moai baharu ditemui itu berukuran 33 kaki dengan berat tiga hingga lima tan.

“Moai itu penting kerana ia benar-benar mewakili sejarah orang Rapa Nui. Mereka adalah nenek moyan orang pulau yang ‘dituhankan’.

“Mereka ikonik di seluruh dunia dan mereka benar-benar mewakili warisan arkeologi yang hebat di pualu ini,” tambahnya.

Patung 'Moai' Ditemui Dalam Keadaan Teruk
Kredit: Shutterstock via New York Post

Sementara itu, ahli arkeologi dan pengarah Projek Patung Pulau Easter, Jo Anne Van Tilburg berkata, bertahun-tahun keadaan iklim yang teruk termasuk kemarau, kebakaran rumput sehingga menyebabkan tasik menjadi kering.

“Buat masa kini, isunya adalah untuk meletakkan pasukan pemuliharaan bersama-sama supaya mereka dapat menstabilkan patung itu,” katanya.

Difahamkan, beberapa moai di Taman Negara Rapa Nui hangus pada Oktober dan mengalami kerosakan yang tidak dapat diperbaiki selepas kebakaran hutan yang melanda kawasan itu.

Susulan daripada keadaan cuaca semasa (kemarau) dan kemungkinan penggalian pada akan datang, lebih banyak penemuan moai akan ditemui.

“Kami menyelesaikan banyak pemetaan dan dokumentasi kuari antara 2018 dan 2019 dan apa yang kami dapat ialah terdapat lebih banyak bukti mengenai penemuan kuari.

“Seratus peratus mereka akan membongkar lebih banyak penemuan seperti ini,” kata Van Tilburg.

Sumber: New York Post

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.